dusun

dusun

DISCLAIMER

DISCLAIMER: None of the videos are hosted by this site. Streams hosted from sites like Veetle,Micast,Veemi are embedded here. This site is not responsible for the legality of the content. For legal issues, please contact appropriate media file owners/hosters. Tontonbola.com tidak menjadi host/tuan rumah mana-mana Live Streaming, TV Online atau Video Online di laman web ini. Semua Live Streaming, TV Online atau Video Online yang terdapat di laman web ini anda boleh didapati dan diperolehi secara percuma di seluruh web amnya. Pihak kami tidak membuat sebarang jaminan atau janji-janji dalam perkhidmatan kami dan mengambil sebarang liabiliti untuk pengguna kami dengan sebarang tindakan. Pihak kami juga tiada hubung kaitnya dengan iklan atau affiliate berbayar/percuma yang tersiar di mana-mana ownes video, live streaming dan online yang dimainkan di laman web kami. Semua kandungan adalah hak cipta pemilik asal masing-masing.

LIVE STREAM

SILA PILIH YES BAGI UMUR 18 TAHUN KEATAS UNTUK MELIHAT PLAYER LIVE STREAM

LIVE STREAM

SEMBANG LIVE

Wednesday, February 15, 2012

PENGURUS SABAH RECORDS..KOMPOSER DAN PENYANYI YANG BANYAK MENCORAKKAN DUNIA HIBURAN DI SABAH..

Salam sejahtera dan Salam Hiburan santai Bersama tentunya hanya di Utara FM Macam Biasa Juga Bah..Pada kali ini Segmen Santai Borneo Utara FM & Joget Utara FM yang dikendalikan oleh Dj Jinnakal@UFM menceritakan serba sedikit mengenai seorang Pengurus Sabah Records,Komposer,Penyanyi dan Penerbit Album yang banyak mencorakan dunia Hiburan di SABAH.. iaitu Junis Korom yang merupakan Anak kelahiran dari  Kg.Serinsim Kota Marudu Sabah. kami mengucapkan Terima kasih berbanyak banyak kepada Junis Korom kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual dan Ikuti temu bual Bersama  Junis Korom  ok..janji luluss saja bah kan.


Junis Boleh kah Ceritakan Serba Sedikit Bagaimana Penglibatan awal Menjadi Komposer Dan Penyanyi ?

Saya rakam lagu pertama saya bertajuk "Suri Kambang" pada tahun 1996 dalam album MEGA SUMAZAU Vol.8...Tahun 1998 saya rakam lagu Sungei..lupa dah apa tajuk itu..hahahaha.then dalam tahun yang sama saya rakam lagu saya yang bertajuk "Saya Tunggu kau Janda Saya Tunggu Kau Duda " duet bersama Roslin Ginsuok dalam album MAXDUSUN...Emm tahun 1999 saya rakam lagu "Ririkoton Tombului " dan satu lagu Ballad tu pun saya dah lupa apa tajuk tu..then dimuatkan dalam album MEGA DUSUN. Pada tahun 2000 saya rakam lagu-lagu English yang diterjemahkan kepada bahasa Dusun..antara lagu-lagu tersebut seperti Tarzan And Jane, Boom3 Dan beberapa lagi ( dalam album VENGABOOMDUSUN ka tu.....lupa dah)..hahahhahaa

Pada tahun 1993 hingga 2003 saya pengurus Studio Sabah Records (SSR) then saya uruslar tu artis dusun seperti diorang si Mary Intiang, George Lian, Jos Ginsos, Roslin Ginsuok, Jahamin Akul dan beberapa lagi lar...pertengahan tahun 2003 saya berhenti di Sabah Studio Records (SSR) then saya buat mini studio sendiri...antara Artis-artis anak didik saya yang pertama ialah Jimmy Palikat dalam album " POKITONONKU"..selepas itu saya kasih terbit album Masnie Sumiran, Taboi-Aboi, Emmie Tampiran, Jeff Maridala, Elvis Saladan dan beberapa lagi..paling last saya buat album Jaidi Suli dan David Pinus  "JONJONGOT"

ooo ya pada tahun 1996 hingga 1998 saya pernah juga jadi penulis ruangan hiburan di beberapa Akhbar..seperti Harian Mercu, Mingguan Waktu, Watan Sabah dan paling last saya menulis sambilan di Mingguan Misteri..hahahahaha ( tahun bah odoi dogo silap2 taip lagi hahahahaha).


hahahaha Kc Lulus Saja Bah...Ni Kali Larrr..Banyak Cerita Pula Junis Ini kan Yang Bagus Mau Di kurik-kurik Untuk dikongsikan Bersama Peminat Junis ?

hahahhahaha..macam-macam cerita ni tapi saya tak berapa aktif lagi kasih terbit album bah ni..saya berlari ke bidang lain dah..tapi masih buat juga tapi untuk suka-suka saja hehehehehe....

Jadi Sekiranya Ada Bakat-Bakat Baru Mau Menonjolkan Bakat Mereka Dan Ingin Berkerjasama dengan Junis Bagaimana Pendapat Junis Pasal Itu Pula ?

Em..mungkin buat masa ini saya tak dapat berkerjasama kali sebab saya sibuk dengan hal lain bah..mungkin saya dapat berkerjasama pun hujung-hujung minggu saja kali itu pun untuk kepada kawan-kawan yang bebakat yang saya kenali..

Sekarang Ini Junis Tidak berapa Aktif Dalam bidang Terbitan Album Jadi Bidang Apa Pula Yang Junis Ceburi Pada Masa Ini ?

Sekarang ini saya sibuk jaga akaun-akaun "FOREX" bah ini..main FOREX sini INSTAFOREX,,baru 2 tahun bah saya main Forex ni..kadang-kadang kaya, kadang-kadang miskin teruk dikerjakan oleh Market hahahahhaha....



Tuesday, February 14, 2012

LAGU ARTIS TEMPATAN SABAH TIDAK DISIARKAN OLEH RTM DI RADIO.. NI KALI LAR..


Salam sejahtera dan Salam Hiburan santai Bersama tentunya hanya di Utara FM Macam Biasa Juga Bah..Pada kali ini Segmen Santai Borneo Utara FM & Joget Utara FM yang dikendalikan oleh Dj Jinnakal@UFM menceritakan serba sedikit mengenai seorang Artis Tempatan Sabahan  yang mana dimana merupakan tuan punya lagu yang paling popular di sabah ketika ini "Main Tapuk Tapuk" iaitu Eelmar Eel Efykenjo yang merupakan Anak kelahiran dari  beaufort Sabah dan dilahirkan pada 24 october. kami mengucapkan berbanyak banyak Terima kasih kepada Eelmar Eel Efykenjo kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual dan Ikuti temu bual Bersama Eelmar Eel Efykenjo  ini ok..janji luluss saja bah kan.


Boleh Kah Eelmar Ceritakan  Sejak Bila Eelmar berkecimpung  dalam bidang nyanyian ?


minat saya dalam bidang seni ini memang dari kecil lagi..saya menimba pengalaman dari pertandingan-pertandingan menyanyi dan juga sering bermain band di keramaian dalam apa jua majlis-majlis  hampir seluruh daerah di sabah...dan sejak di sekolah rendah lagi saya sudah mengikuti pertandingan nyanyian di mana-mana saja sehingga lar saya berada di sekolah menengah tetapi saya mula serius menceburi bidang nyanyian ini pada tahun 2006..


Boleh kah  Eelmar kongsikan pengalaman dalam mengikuti pelbagai pertandingan nyanyian dan Antara Pertandingan yang diikuti Sehinggakan Menaikkan Nama Eelmar Menjadi salah seorang artis tempatan sabah ?


Kalau kampung-kampung biasalar itu...macam kaamatan..mana saja ada kampung menganjurkan sambutan Kaamatan saya memang pergi masuk saja itu untuk mengikuti pertandingan nyanyian tersebut..di peringkat dearah juga sama...pernah sekali itu ikut pertandingan nyanyian peringkat daerah sempena hari Kemerdekaan dan saya mendapat Naib Johan. Selain itu, masa di Johor saya pernah Johan juga pertandingan Karaoke masa di Kangkar Tebrau.. Selain itu juga saya sering bertanding sama-sama dengan Zarina Zarnoddin di sekitar Johor. Sebelum saya ada album  sendiri, saya sama group band selalu kena undang main di karamaian macam orang khawin kira hampir seluruh sabah juga...


Nampaknya Pengalaman Dalam Bidang Nyanyian Begitu Banyak  Sekalikan..Ni Kali lar..Nasib Baiklar Jua Tidak Main Tapuk Tapuk Itu Bakatkan..Jadi Dari Mana Datangnya Idea Untuk Menghasilkan Lagu Main Tapuk Tapuk Tersebut ?


iya..kira pertandingan nyanyian lar tempat paling  mengasah bakat itu sama bermain band di majlis-majlis orang khawin. Lagu Main Tapuk Tapuk itu c Lexband yang cipta dan lagu itu dia kasih bonus sebagai hadiah untuk album pertama saya itu..dan Lagu yang saya buat dan rasa bole naik iaitu bertajuk Siou Daddy Siou Mummy itu..Tapi tidak diluluskan oleh Pihak  RTM jadi enda kena kasih siar di radio RTM..hahahaha






oo macam itu kah..sayang bah kan tidak kena siar sama tidak kena lulus..Boleh kongsikan kah kenapa RTM tidak kasih lulus dan siarkan lagu tersebut ?


Enda tau larr diaorang itu..pasal saya ada sebut kg.pelarian ..padahal memang betul ada kg itu di telipok dan saya pernah tidur lagi di sana di rumah kawan Filiphine masa itu..hahahahha..lagi pun lagu itu nasihat juga untuk anak muda..sedangkan lagu "Main Tapuk-Tapuk"versi dusun pun enda kena kasih lulus padahal  kena kasih translate saja pigi bahasa dusun..


Jadi Bagaimana Status Lagu-Lagu Eelmar tersebut dan Bagaimana Dengan pelancaran Album ?


Dalam album itu yang sudah lulus 4 lagu..1 lagu murut..tapi lagu melayu  saya yang sudah lulus pun sampai sekarang belum kena pasang..hari itu saya tanya Dj RTM.dia cakap memang lulus tapi belum masuk playlist..mungkin CD itu hilang diaorang cakap..Pelancaran album sudah pada hari itu sama-sama Trio..


Adakah Pihak Finas Telah Meluluskan Lagu-Lagu Eelmar ?


hahahahhaa..FINAS sekejap saja lulus..enda ada masalah jua..cuma pihak RTM saja yang banyak masalah itu untuk menyiarkan lagu-lagu itu..


Jadi Apa Harapan Eelmar Pada Masa Akan Datang Dan Ucapan Kepada Para Peminat Di Luar Sana ?


ok..Untuk semua  pendengar yang meminati lagu Main Tapuk-Tapuk teruskan sokongan karier saya..dengarkan lar keseluruhan lagu dalam album saya yang ada 11 lagu itu..semoga anda semua akan terhibur ..dan juga jangan lupa  untuk single terbaru saya yang akan keluar tidak lama lagi...

Apakah Tajuk Album Baru Eelmar Tersebut ?


Belum ada itu..tapi  Album kompilasi lagu bah itu bersama-sama dengan Lexband, Trio Sama si Ray..DJ Suria FM itu..Lagu Main Tapuk Tapuk akan di masukkan dengan vedio klip terbaru juga lagu single terbaru saya " CINTA GUSTAN".


Terima Kasih Eelmar sebab Kasih Lulus Wawancara pada kali ini..Semoga Eelmar terus berjaya dalam mencorakan lagi hiburan di sabah...


Bah Ok saja bah itu.terima kasih jua k.













Temu Bual Bersama Fhilix Don Bergelar Artis Pelbagai Rentak Tempatan Sabah.


Salam sejahtera dan Salam Hiburan santai Bersama tentunya hanya di Utara FM Macam Biasa Juga Bah..Pada kali ini Segmen Santai Borneo Utara FM & Joget Utara FM yang dikendalikan oleh Dj Jinnakal@UFM menceritakan serba sedikit mengenai seorang Artis Tempatan Sabahan  yang mana digelarkan "Artis Pelbagai Rentak" iaitu Fhilix DON yang merupakan Anak kelahiran dari  Ranau Sabah dan dilahirkan pada 27 July 1974. kami mengucapkan berbanyak banyak  terima kasih kepada Fhilix Don kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual dan Ikuti temu bual Bersama Fhilix Don ini ok..janji luluss saja bah kan.

Sejak bila fhilix Don berminat menyanyi ?
-ooo..kalau menyanyi memang dari kecil memang minat menyanyi..
  
macam mana pembabitan awal Fhilix Don dalam dunia hiburan di sabah ?

-o pada tahun 1989 saya mula mengarang lagu sudah tapi tidak menyanyi saya bagik sama orang lain nyanyi. Pada tahun 1991 saya p ujibakat suara di RTM dan saya Lulus.
Pada tahun 1994 saya cuba nasib ikut pertandingan kaamatan Peringkat daerah ranau dan jadi juara dalam pertandingan tersebut. 
Pada tahun 1996 saya dapat peluang rekod suara dalam album duet bersama Masnie Sumiran. 
Pada tahun 1997 saya buat album solo..sponsor sendiri di Bamboo Sound Studio (BSS) tambunan sabah dan bermula lar seni saya terus berkembang.
Pada tahun 2000 saya terbitkan album kompalasi  waktu itu saya kerja di Hotel Perkasa Kundasang jadi saya kumpul kawan-kawan yang berminat...dalam album itu kami 10 orang menyanyi dalam album ni lagu Lambau Sumazau saya keluarkan..
Pada tahun 2003 saya diberikan kepercayaan oleh syarikat Bamboo Sound Studio (BSS) untuk ikat kontrak dan menghasilkan album hingga sekarang..kini album solo saya sudah 4 album,2 album duet, album kompalasi 3 dan juga berlakon dalam beberapa telemovie tempatan sabah.

Bagaimana Sambutan Peminat atau Pendengar Diawal Kemunculan Fhilix Don ?

Terima kasih lar sebab walaupun pertama kali itu, ok juga sambutan dia sebab album pertama saya bertajuk NOKURO dan saya dapat habiskan jual dengan sendiri dalam masa sebulan lebih sebanyak 1000 unit.

Album Terbaru  Ini Apa Tajuk Album itu Dan Dalam  Album kali ini Fhilix Don Menampilkan Muzik Berentak Macam Mana ?

Pada kali album terbaru ini saya bagi nama "FHILIX DON 4" saja dan masih mengekalkan rentak macam dulu juga , ini kerana saya tidak mau lari dari gelaran saya iaitu  "Penyanyi Pelbagai Rentak".cuma pada kali ini dalam album tersebut saya ada satu rentak lagu yang tidak pernah dimuatkan dalam album- album sebelum ini iatiu rentak "Dangdut" yang bertajuk "Olingai Oku Nopo".




Mungkin Para Peminat Ada Menyangka bahawa Fhilix Don Sudah Berkhawin Macam mana itu ?

Ok sebenarnya saya belum berkhawin lagi cuma sudah pun bertunang dan akan melangsungkan perkhawinan pada 02 jun 2012 bertempat di Kg Papar Tambunan sabah.

Apa Harapan Dan Ucapan Fhilix Don kepada Para Pendengar Dan Peminat-Peminat Setia Di Luar Sana ?

OK buat peminat- peminata Don..moga terhibur dengan album ke 4 ini..terima kasih banyak-banyak yang selama ini masih setia menjadi peminat Don..apapun kepincangan Don minta maaf..kio..dan seni itu indah..dan dapatkan Album terbaru saya yang ke-4 kini sudah berada dipasaran...Dalam album ini ada 10 buah lagu dimuatkan..9 lagu dalam bahasa dusun dan 1 lagu dalam bahasa Melayu..Satu lagu iaitu ( Poingupus Poinlangad Dika ) dinyanyikan oleh Evana Hana. Macam selalu Album ini memnuatkan pelbagai rentak muzik.

Antara Lagu Lagu Dalam Album FHILIX DON VOL.4 :

01.ALAID NODA
02.OLINGAI OKU NOPO
03.ENGKAU YANG KU CINTA
04.IKA
05.NOKOSIMBAN UPUS NUH
06.NU SALA MIKORUHANG
07.POINGUPUS POINLANGAD DIKA
08.DI KIMOINSAN
09.SOIRA UPUS
10.SINDING TOHURI


DAPATAKAN YANG ORI.... KIO..
MOGA TERHIBUR...

akhir sekali sekali lagi sya Dj jinnakal Wakil dari Pihak Utarafm mengucpakan ribuan terima kasih atas segala kerjasama DOn kepada kami...semoga Don terus berjaya dalam bidang nyanyian dan seterusnya mencorakan lagi industri Hiburan Tempatan sabahan...Dan Selamat pengantin Baru  nanti dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu..kio..Macam Biasa juga Bah.





Monday, February 13, 2012

Segmen Mari Mengantak Mic (Sia Punya Suka La !!) bersama DJ Oyen Utara.FM

Apa itu Cover Version?
5 Januari 2012

Cover Version - adalah satu pelaksanaan oleh mana-mana individu yang menyanyikan semula lagu mana-mana Artis Professional Dunia..tidak kiralah apa jenis lagu sekali pun,tetapi dinyanyikan semula dalam versi tersendiri oleh individu

Objektif Segmen :
1. Memberikan peluang kepada mana2 individu yang minat menyanyi tapi tidak berpeluang untuk mengejar impian sebagai Penyanyi Professional menjadi Artis Kampung2 di Utara.FM


2. Menyerlahkan lagi Bakat empunya diri (manatau silap aribulan kana tarik untuk masuk Studio Recording Terkemuka/Terkenal kalau betul2 berbakat dan boleh pigi jauh)

3. Jadi..apa tunggu lagi...hantarkan Cover Version anda di alamat email :: mycoverversionsongs@yahoo.com (sila sertakan nama penuh,no telefon dan details penuh Cover Version anda) :: (FORMAT COVER VERSION ANDA MESTILAH DALAM .mp3/.wma/.wav sahaja)

4. Selamat meng"cover" lagu2 Artis kita dan semoga anda enjoy dengan segmen ini..Kiiihhooiiiiiiii !!

p/s : Sebarang pertanyaan lanjut,sila hubungi saya di ::https://www.facebook.com/Dj.Oyen.OkBah.Fm


atau sila klik link ini d fanpage facebook ;
http://www.facebook.com/MyCoverVersionSongs2012

:: Ebi Kornelis | Lagu Single Terbaru EBI AF5 ''SAYANG SABAH'' ::









FAKTA FAKTA UTARAFM

UTARA.FM TELAH DIILHAMKAN PADA 08 OGOS 2008( PADA KETIKA ITU NAMANYA IALAH PONET.FM) DAN TELAH DILANCARKAN SECARA RASMI SEBAGAI RADIO RASMI GABUNGAN NGO NEGERI SABAH OLEH TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE-5 PADA 25 JULY 2009 DI RUMAH REHAT LOHAN,RANAU.SABAH


KENAPA UTARA FM ?

UTARA YANG DIMAKSUDKAN DI SINI IALAH UTARA BORNEO ATAU NORTH OF BORNEO.SECARA FIZIKALNYA UTARA BORNEO IALAH SABAH.INILAH YANG TERSIRAT DALAM UTARA.FM.INI MENUNJUKAN BAHAWA UTARA.FM SEBENAR-BENARKANYA ADALAH RADIO ONLINE SABAHAN,DIWUJUDKAN DI SABAH, DIURUSKAN OLEH ORANG SEPENUHNYA SABAH, PENYAMPAI-PENYAMPAINYA ADALAH DARI SABAH( WALAUPUN ADA DIANTARANYA BERADA DILUAR NEGERI SABAH) DAN SEMSETINY INGIN MEMPERKENALKAN KEPADA DUNIA MENGENAI SABAH DARI SEGI  BUDAYA DAN PENGAMALNYA.


APA PULA MAKSUD FM?

FM BERMAKSUD "FREQUENCY MODULATION" SEBAB KAMI BUKA SIARAN BERFREKUNSI. FM IALAH FANTASI MEDIA IAITU PENGAMAL INTERNET SABAH YANG MELAKUKAN AKTVITI STRATEGI PEMASARAN ONLINE, PEMBANGUNAN LAMAN WEB DAN PENGGIAT DALAM REKABENTUK GRAFIK.

KENAPA SIARAN INI DIWUJUDKAN?

UNTUK MEMBANTU MEMPROMOSIKAN ARTIS-ARTIS TEMPATAN SABAH DISAMPING MENJADI PENYAMPAI INFO-INFO TERKINI SABAH.


UTARA.FM ADALAH SINGKATAN KEPADA NAMA SEBENARNYA IAITU UTARA(SABAH).FM



  


TV 6 RTM