Salam sejahtera dan Salam Hiburan santai Bersama tentunya hanya di Utara FM Macam Biasa Juga Bah..Pada kali ini Segmen Santai Borneo Utara FM & Joget Utara FM yang dikendalikan oleh Dj Jinnakal@UFM menceritakan serba sedikit mengenai seorang Artis Tempatan Sabahan yang mana digelarkan "Artis Pelbagai Rentak" iaitu Fhilix DON yang merupakan Anak kelahiran dari Ranau Sabah dan dilahirkan pada 27 July 1974. kami mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada Fhilix Don kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual dan Ikuti temu bual Bersama Fhilix Don ini ok..janji luluss saja bah kan.
Sejak bila fhilix Don berminat menyanyi ?
-ooo..kalau menyanyi memang dari kecil memang minat menyanyi..
macam mana pembabitan awal Fhilix Don dalam dunia hiburan di sabah ?
-o pada tahun 1989 saya mula mengarang lagu sudah tapi tidak menyanyi saya bagik sama orang lain nyanyi. Pada tahun 1991 saya p ujibakat suara di RTM dan saya Lulus.
Pada tahun 1994 saya cuba nasib ikut pertandingan kaamatan Peringkat daerah ranau dan jadi juara dalam pertandingan tersebut.
Pada tahun 1996 saya dapat peluang rekod suara dalam album duet bersama Masnie Sumiran.
Pada tahun 1997 saya buat album solo..sponsor sendiri di Bamboo Sound Studio (BSS) tambunan sabah dan bermula lar seni saya terus berkembang.
Pada tahun 2000 saya terbitkan album kompalasi waktu itu saya kerja di Hotel Perkasa Kundasang jadi saya kumpul kawan-kawan yang berminat...dalam album itu kami 10 orang menyanyi dalam album ni lagu Lambau Sumazau saya keluarkan..
Pada tahun 2003 saya diberikan kepercayaan oleh syarikat Bamboo Sound Studio (BSS) untuk ikat kontrak dan menghasilkan album hingga sekarang..kini album solo saya sudah 4 album,2 album duet, album kompalasi 3 dan juga berlakon dalam beberapa telemovie tempatan sabah.
Bagaimana Sambutan Peminat atau Pendengar Diawal Kemunculan Fhilix Don ?
Terima kasih lar sebab walaupun pertama kali itu, ok juga sambutan dia sebab album pertama saya bertajuk NOKURO dan saya dapat habiskan jual dengan sendiri dalam masa sebulan lebih sebanyak 1000 unit.
Album Terbaru Ini Apa Tajuk Album itu Dan Dalam Album kali ini Fhilix Don Menampilkan Muzik Berentak Macam Mana ?
Pada kali album terbaru ini saya bagi nama "FHILIX DON 4" saja dan masih mengekalkan rentak macam dulu juga , ini kerana saya tidak mau lari dari gelaran saya iaitu "Penyanyi Pelbagai Rentak".cuma pada kali ini dalam album tersebut saya ada satu rentak lagu yang tidak pernah dimuatkan dalam album- album sebelum ini iatiu rentak "Dangdut" yang bertajuk "Olingai Oku Nopo".
Mungkin Para Peminat Ada Menyangka bahawa Fhilix Don Sudah Berkhawin Macam mana itu ?
Ok sebenarnya saya belum berkhawin lagi cuma sudah pun bertunang dan akan melangsungkan perkhawinan pada 02 jun 2012 bertempat di Kg Papar Tambunan sabah.
Apa Harapan Dan Ucapan Fhilix Don kepada Para Pendengar Dan Peminat-Peminat Setia Di Luar Sana ?
OK buat peminat- peminata Don..moga terhibur dengan album ke 4 ini..terima kasih banyak-banyak yang selama ini masih setia menjadi peminat Don..apapun kepincangan Don minta maaf..kio..dan seni itu indah..dan dapatkan Album terbaru saya yang ke-4 kini sudah berada dipasaran...Dalam album ini ada 10 buah lagu dimuatkan..9 lagu dalam bahasa dusun dan 1 lagu dalam bahasa Melayu..Satu lagu iaitu ( Poingupus Poinlangad Dika ) dinyanyikan oleh Evana Hana. Macam selalu Album ini memnuatkan pelbagai rentak muzik.
Antara Lagu Lagu Dalam Album FHILIX DON VOL.4 :
01.ALAID NODA
02.OLINGAI OKU NOPO
03.ENGKAU YANG KU CINTA
04.IKA
05.NOKOSIMBAN UPUS NUH
06.NU SALA MIKORUHANG
07.POINGUPUS POINLANGAD DIKA
08.DI KIMOINSAN
09.SOIRA UPUS
10.SINDING TOHURI
DAPATAKAN YANG ORI.... KIO..
MOGA TERHIBUR...
akhir sekali sekali lagi sya Dj jinnakal Wakil dari Pihak Utarafm mengucpakan ribuan terima kasih atas segala kerjasama DOn kepada kami...semoga Don terus berjaya dalam bidang nyanyian dan seterusnya mencorakan lagi industri Hiburan Tempatan sabahan...Dan Selamat pengantin Baru nanti dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu..kio..Macam Biasa juga Bah.
No comments:
Post a Comment