dusun

dusun

DISCLAIMER

DISCLAIMER: None of the videos are hosted by this site. Streams hosted from sites like Veetle,Micast,Veemi are embedded here. This site is not responsible for the legality of the content. For legal issues, please contact appropriate media file owners/hosters. Tontonbola.com tidak menjadi host/tuan rumah mana-mana Live Streaming, TV Online atau Video Online di laman web ini. Semua Live Streaming, TV Online atau Video Online yang terdapat di laman web ini anda boleh didapati dan diperolehi secara percuma di seluruh web amnya. Pihak kami tidak membuat sebarang jaminan atau janji-janji dalam perkhidmatan kami dan mengambil sebarang liabiliti untuk pengguna kami dengan sebarang tindakan. Pihak kami juga tiada hubung kaitnya dengan iklan atau affiliate berbayar/percuma yang tersiar di mana-mana ownes video, live streaming dan online yang dimainkan di laman web kami. Semua kandungan adalah hak cipta pemilik asal masing-masing.

LIVE STREAM

SILA PILIH YES BAGI UMUR 18 TAHUN KEATAS UNTUK MELIHAT PLAYER LIVE STREAM

LIVE STREAM

SEMBANG LIVE

Monday, April 30, 2012

Zikir Harian

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.



  ISNIN   :  
LA HAULA WALA QUATA ILLA BILLA HIL ALLIYYIL AZIM  [Tiada Daya & Kekuatan Melainkan Dengan Kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung]  - 1,000 KALI, 
SATU KALIMAT UMPAMA SATU BUKIT UHUD. BANYAK KALI SEBUT HILANGLAH SIFAT MENUNJUK-NUNJUK, KEJI, RIAK, TAKABUR, SAYANGKAN DUNIA DAN SEBAGAINYA.              
                                
    SELASA :  
ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMADDIN ABDIKA WARUSULIKA NABYI WA UMMIIYI WA'ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASSALIM - [Ya Allah, Rahmatilah Ke atas Nabi Muhammad S.A.W & Keatas Keluarga Baginda]
 1,000 KALI, 
ALLAH AMPUNKAN DOSANYA SATU TAHUN (KALAU NAK PENDAK SELAWAT KE ATAS NABI)
                                
    RABU  :  
ASTAGHFIRULLAH AL'AZZIM AL-LAZI LA ILA HA ILLA HUAL HAYYUL QAYYUM  [Aku Memohon Keampunan Kepada Allah Tuhan Maha Esa]- 1,000 KALI,
SATU KALI SEBUT HILANG SATU TITIK HITAM DALAM HATI KITA. SATU TITIK HITAM ADALAH DARI SATU DOSA, JIKA TIDAK MEMINTA MAAF (MENGHILANGKANNYA) WALAUPUN SEMBAHYANG, KITA AKAN MASUK NERAKA SELAMA MANA TITIK HITAM TERSEBUT BERADA DALAM HATI KITA.                    
                                
    KHAMIS : 
SUBHANALLAHIL AZZIMI WABIHAMDIH [Maha Suci Allah Yang Maha Agung & Segala Puji UntukNya]- 1,000 KALI, 
ALLAH AMPUNKAN DOSA SEBANYAK BUIH DILAUT, DAN SATU KALI SEBUT TUMBUH SATU POHON SYURGA UNTUK KITA DI TAMAN SYURGA NANTI.

JUMAAT :  
YA ALLAH - 1,000 KALI, 
ALLAH HAMPIR KEPADA KITA, ALLAH BERI KITA SOLAT, ISLAM, RAJIN, SUKA, LAZAT, BERAMAL IBADAH, TIDAK MALU TUTUPAURAT BAGI PEREMPUAN.        
                                 
    SABTU  :  
LA ILAHA ILLAULLAH [Tiada Tuhan yang Disembah melainkan Allah]- 1,000 KALI, 
SENANG HATI, AMAN DAN TENTERAM.
                                
    AHAD   :  
YA HAYYU YA QAYYUM  [Ya Allah, Tuhan Maha Hidup Lagi Berdiri Dengan Sendiri]- 1,000 KALI, 
ALLAH HIDUPKAN KITA DAN BERI PELIHARAANNYA.              
                                
  


Persahabatan Yang Terbaik


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

* Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

* Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung- hitungkan (menyebutnya).

* Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

* Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia
memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

* Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang
mulia.

Hargailah Erti Sebuah Persahabatan







Dalam hidup ini kita pasti akan memerlukan teman atau dipanggil sebagai rakan. Merekalah yang akan menjadi teman semasa kita masih hidup di dunia ini. Rakan yang baik akan sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan.

Dalam kita berkawan biarlah ikhlas dan bukannya bersebab. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan kepada rakan kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan kembali darinya. Biarlah Allah S.W.T yang membalas kebaikan yang kita lakukan.

Adab dalam berkawan memang perlu sentiasa dijaga supaya hubungan persabahatan yang dibina akan berkekalan sampai bila-bila. Kita akan dapat mengenali siapa rakan-rakan yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita di waktu susah dan juga senang.

Kawan yang ramai sememangnya boleh dicari. Itu memang benar. Dimana-mana sahaja tempat kita boleh berkenalan dengan orang lain. Rakan-rakan sekampung, rakan sekolah, rakan universiti, rakan tempat kerja dan banyak lagi rakan-rakan lain yang boleh kita jumpa dimana-mana. Pepatah ada mengatakan berkawan biar seribu, bercinta biar satu.

Kehidupan kita dan rakan-rakan kita adalah saling memerlukan antara satu sama lain. Rakan-rakan boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi masalah. Rakan yang terbaik akan menjadi pendengar yang baik dan akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi.
Kita juga boleh meminta pandangan dari rakan-rakan kita terhadap perkara yang kita tidak tahu. Hargailah pandangan yang diberikan oleh rakan kita walaupun adakalanya kita tidak bersetuju.

"Waktu kita dalam keadaan senang, rakan-rakan akan mengenali kita. Waktu kita dalam kesusahan, kita akan mengenali siapa rakan-rakan kita."


Masa senang adalah masa yang paling disukai oleh sesiapa sahaja. Pada waktu senang ramai rakan-rakan akan bersama dengan kita. Mereka akan berasa seronok dapat berkawan dengan kita. Kita juga akan berasa seronok mempunyai rakan-rakan yang ramai. Semua orang akan rasa gembira apabila berada pada waktu senang.

Tetapi langit tidak selalu cerah. Kita akan diuji oleh Allah S.W.T dengan kesusahan. Pada waktu susah tidak ramai orang yang dapat membantu diri kita. Pada waktu ini juga kita akan dapat menilai siapakah yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita. Ramai rakan-rakan akan lari meninggalkan diri kita kerana kesusahan yang kita alami.

Jika masih ada rakan-rakan yang setia bersama dengan kita itulah rakan-rakan yang benar ikhlas dan hubungan persahabatan yang dibina. Mereka akan cuba membantu kita mengikut kemampuan diri mereka. Bersyukurlah kita jika mempunyai rakan-rakan yang setia bersama dengan kita di waktu susah.

Hargailah rakan-rakan yang masih ada bersama dengan diri kita. Jika kita tidak pandai untuk menghargai rakan-rakan kita, sudah tentu mereka akan pergi meninggalkan kita. Berbuat baiklah kepada rakan-rakan kita mengikut kemampuan diri kita. Sentiasa mengambil berat kepada diri mereka.

Contoh hubungan persahabatan terbaik yang perlu kita contohi adalah sahabat-sahabat seperjuangan Rasulullah S.A.W seperti Abu Bakar As-Siddiq Umar Al Khattab, Usman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib dan sahabat-sahabat nabi yang lain.

Mereka bersahabat kerana Allah S.W.T dan berjuang bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W untuk menegakkan agama Islam. Tidak kira di waktu susah atau pun senang mereka akan tetap berjuang bersama dengan Rasulullah S.A.W. Itulah contoh sahabat terbaik yang perlu kita contohi.
Semoga hubungan persahabatan yang kita jalinkan bersama dengan rakan-rakan kita akan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Berdoalah untuk kesejahteraan rakan-rakan kita. Jika ada diantara rakan-rakan kita yang melakukan kesalahan maka masing-masing perlu mengingatkan antara satu sama lain.

Perbetulkan mana yang silap. Terimalah rakan-rakan kita seadanya kerana kita sebagai manusia sememangnya tidak sempurna.

MENAHAN MARAH




Sebagai seorang manusia, secara lumrahnya tidak lari memiliki pelbagai sifat. Antara sifat yang dimiliki manusia adalah sifat kasih, cinta, suka, gembira, sedih, kecewa, tenang, marah, benci, dan sebagainya. Maka sifat marah adalah salah satu sifat yang dimiliki manusia. Jadi apa yang akan diperbahaskan adalah bagaiman manhaj wahyu terhadap sifat marah atau sikap marah yang dimiliki oleh manusia.



Sebaiknya kita melihat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah :

أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِي قَالَ لَا تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ لَا تَغْضَبْ

Yang bermaksud : bahawasanya ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi s.a.w : “berilah wasiat kepadaku”. Baginda s.a.w bersabda : “janganlah engkau marah!”. Orang tersebut mengulanginya berkali-kali dan Nabi bersabda : “janganlah engkau marah!”. (Hadis riwayat al-Bukhari)

            Dalam hadis ini mempunyai penjelasan yang cukup menarik dalam membincangkan tajuk ini. Imam Ibnu Daqiiq menukilkan dari pengarang kitab al-Ifsah yang mengatakan mungkin sahaja orang yang bertanya kepada Nabi tersebut mempunyai perwatakan yang mudah marah sehingga nabi mewasiatkan pekara tersebut kepadanya[i]. Tetapi bukanlah bermaksud larangan marah ini khusus kepadanya sahaja. Tetapi kepada seluruh umat islam.

            Hadis ini juga termasuk dalam hadis yang terkumpul didalamnya adab-adab yang baik seperti yang dikatakan oleh Muhammad bin Abi Zaid seorang Imam dalam mazhab Maliki di zamannya : Kumpulan adab-adab baik terkandung dalam 4 buah hadis iaitu : Sabda Nabi s.a.w : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat maka berkata baiklah ataupun diam” dan sabdanya : “Di antara tanda kebaikan Islam seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak berguna baginya” dan sabdanya : “Orang mu’min itu adalah orang yang mencintai sesuatu bagi saudaranya sebagaimana di mencintai sesuatu bagi dirinya” dan juga sabda Baginda apabila memberi wasiat kepada orang yang meminta wasiat : “janganlah kamu marah!”.[ii]

            Apa yang dimaksudkan dengan larangan daripada Nabi s.a.w (Janganlah kamu marah!) adalah janganlah kamu melahirkan rasa marah seperti memukul, menengking dan sebagainya, bukanlah larangan daripada mempunyai sifat marah itu sendiri kerana sifat semulajadi manusia itu memang mempunyai sifat marah, tidak mungkin untuk manusia menahannya.[iii]

            Oleh kerana ianya sifat semulajadi, jadi perasaan marah dapat dikesan dengan raut wajah, gaya percakapan, muka yang merah dan sebagainya, dan ada sebahagiannya bukanlah dalam kawalan kita, sebagai contoh apabila perasaan marah itu timbul muka akan kemerahan. Hadis ini hakikatnya bukanlah untuk menidakkan sifat semulajadi manusia tetapi larangan sengaja melahirkan dan menzahirkan sifat marah juga perintah agar mengawal marah.

Sifat marah yang terpuji

            Sabda Rasulullah s.a.w :

مَنْ أَحَبَّ لِلَّهِ وَأَبْغَضَ لِلَّهِ وَأَعْطَى لِلَّهِ وَمَنَعَ لِلَّهِ فَقَدْ اسْتَكْمَلَ الْإِيمَانَ

Yang bermaksud : “Barangsiapa yang menyintai kerana Allah, marah kerana Allah, dan memberi kerana Allah, dan melarang (menahan) kerana Allah, maka sesungguhnya telah sempurna imannya” (Hadis riwayat Abu Dawud)[iv]

            Marah kerana Allah disini bermaksud, marah dalam mempertahankan Agama Allah, marah kepada orang yang menghina Agama Islam, menghina Rasulullah, marah dalam melihat orang yang melakukan maksiat dan sebagainya. Adapun yang berkaitan dengan kepentingan diri bukanlah marah yang terpuji.

            Syeikh Majdi bin Abdul Wahab Ahmad telah menjelaskan erti kata marah yang dilarang, adalah marah yang bukan kerana Allah (yang bermotifkan agama), sedangkan marah yang kerana Allah dalah marah yang terpuji[v].

Menahan Marah

Sebagaimana yang telah dibincangkan tadi bahawa Rasulullah melarang untuk meluahkan rasa marah, jadi ianya bermakna Rasulullah memerintahkan agar menahan marah. Ini sejajar dengan Firman Allah s.w.t :

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّالْمُحْسِنِينَ (134)
 

Yang bermaksud : “(orang yang bertakwa iaitu) orang yang menfkahkan (hartanya) pada waktu senang mahupun susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik” (Surah Ali ‘Imran : 134)

Firman Allah s.w.t :

وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ (37)

Yang bermaksud : “Dan bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji dan apabila mereka marah, mereka (selalu mengambil sikap) memaafkan” (al-Syuraa : 37)

Jelaslah di dalam dua ayat al-Quran yang mulia ini menyatakan bahawa apabila seseorang itu marah maka hendaklah dia menahan perasaan marahnya itu dan lebih lagi memaafkan orang yang dimarahinya itu. Wallahu a’lam.

Seterusnya sabda Nabi s.a.w :

لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

Yang bermaksud : “Bukanlah orang yang kuat itu kerana (kebolehannya) bergaduh, hanyalah orang yang kuat itu yang mampu menguasai dirinya (mengawal / menahan) marah” (Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim)

Cara-cara untuk Menahan Marah

1-      Mengucap ‘Auzubillahi minasy syaitanir rajiim

Terdapat dua orang yang saling caci mencaci disekitar Nabi s.a.w sedang kami duduk bersama Nabi, salah seorang daripada mereka berdua mencaci seorang lagi dalam keadaan marah, sehingga wajahnya merah, maka Nabi s.a.w bersabda :

إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ لَوْ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Yang bermaksud : “Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimat yang seandainya dia (lelaki yang marah itu) menyebutnya nescaya akan hilang apa yang terdapat pada dirinya (marah), iaitu sekiranya dia mengucapkan A’uzubillahi minasy syaitannir rajim (aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk) 
Maka para sahabat bertanya kepada lelaki tersebut : Adakah kamu tidak mendengar apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w?. Lelaki itu menjawab : Sesunggunya aku bukanlah gila (hingga tidak mendengar – pen) (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, lafaz dalam riwayat al-Bukhari)

            Sesungguhnya marah yang bukan kerana Allah itu adalah dari hasutan syaitan, oleh kerana itulah disarankan bagi orang yang marah untuk dia memohon perlindungan (kepada Allah) dengan mengucapa’uzubillahi minasy syaitannir rajiim, kerana dengan mengucapnya adalah antara sebab untuk menghilangkan kemarahan[vi].

2-      Mendiamkan diri

Daripada Abdullah Ibnu ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

عَلِّمُوا وَيَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ
Yang bermaksud : “Ajarilah, dan permudahkanlah jangan kamu menyusahkan, dan sekiranya seseorang dari kalangan kamu marah hendaklah dia diam” (hadis riwayat Ahmad)

Apabila seseorang sedang marah dan dia terus berbicara, nescaya itu akan menambah kemarahan dalam dirinya. Maka mendiamkan diri dan menjauhkan diri adalah satu jalan yang baik untuk meredakan perasaan marah yang timbul dalam diri seseorang itu.

3-      Mengubah kedudukan 

Sabda Rasulullah s.a.w :

إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلَّا فَلْيَضْطَجِعْ
Yang bermaksud : “Sekiranya seseorang daripada kamu marah sedang dia berdiri hendaklah dia duduk, sekiranya hilang kemarahan daripadanya, sekiranya tidak (hilang) maka hendaklah dia baring” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Dawud)[vii]

Ibnu ‘Aqil menyebut : Disunatkan bagi orang yang sedang marah itu mengubah kedudukannya, sekiranya dia dalam keadaan duduk hendaklah dia berdiri dan baring, sekiranya dia (marah dalam keadaan – pen) baring hendaklah dia berjalan[viii].

4-      Berwudu’

Sabda Rasulullah s.a.w :

إِنَّ الْغَضَبَ مِنْ الشَّيْطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنْ النَّارِ وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ

Yang bermaksud : “Sesungguhnya kemarahan itu dari syaitan, dan sesungguhnya syaitan diciptakan daripada api, hanyalah api itu akan terpadam dengan (disirami) air, maka jika salah seorang daripada kamu marah hendaklah dia berwudu’” (Hadis riwayat Abu Dawud)

            Syaikh Ibn Al-Utsaimin menyebut ada dua cara untuk mengubati perasaan marah, iaitu cara berbentuk percakapan (ucapan) dan perbuatan. Adapun cara mengubati berbentuk ucapan adalah, sekiranya seseorang itu merasa marah maka hendaklah dia menyebuta’uzubillah minasy syaitanir rajiim, sebagaimana anjuran Rasulullah di dalam hadis yang telah disebutkan. 

Cara mengubati berbentuk perbuatan adalah, apabila seseorang itu marah dalam keadaan dia berdiri hendaklah dia duduk, sekiranya dia dalam keadaan duduk hendaklah dia baring, kerana perubahan keadaan fizikalnya memberi kesan kepada perubahan batin, dan sekiranya masih tidak berkesan hendaklah dia mengambil wudu’, kerana sibuknya dia dalam berwudu’ akan melupakan perasaan marahnya, dan kerana wudu’ itu memadamkan kepanasan marah[ix].

Kesimpulan

            Ketahuilah dengan tidak mengawal perasaan marah boleh menimbulkan banyak implikasi dan kesan yang negatif, antaranya boleh berlakunya penceraian antara suami isteri, memutuskan hubungan silaturrahim, merosakkan hubungan kejiranan, memisahkan dan memutuskan hubungan persaudaraan, mudah mengeluarkan cacian dan kata-kata kesat dan sebagainya. Sedangkan menghindari perkara tersebut berlaku adalah amat dituntut dan merupakan satu kewajipan. Alangkah lebih baik kita mengambil sikap sabar dan mencari penyelesaian dengan cara yang baik dan lebih berhikmah. Nabi s.a.w telah mengajarkan kita sebagai umatnya cara untuk menahan dan mengawal perasaan marah, mudah-mudahan kita diberi kekuatan oleh Allah untuk mengamalkannya. Wallahu a’lam.

TV 6 RTM