dusun

dusun

DISCLAIMER

DISCLAIMER: None of the videos are hosted by this site. Streams hosted from sites like Veetle,Micast,Veemi are embedded here. This site is not responsible for the legality of the content. For legal issues, please contact appropriate media file owners/hosters. Tontonbola.com tidak menjadi host/tuan rumah mana-mana Live Streaming, TV Online atau Video Online di laman web ini. Semua Live Streaming, TV Online atau Video Online yang terdapat di laman web ini anda boleh didapati dan diperolehi secara percuma di seluruh web amnya. Pihak kami tidak membuat sebarang jaminan atau janji-janji dalam perkhidmatan kami dan mengambil sebarang liabiliti untuk pengguna kami dengan sebarang tindakan. Pihak kami juga tiada hubung kaitnya dengan iklan atau affiliate berbayar/percuma yang tersiar di mana-mana ownes video, live streaming dan online yang dimainkan di laman web kami. Semua kandungan adalah hak cipta pemilik asal masing-masing.

LIVE STREAM

SILA PILIH YES BAGI UMUR 18 TAHUN KEATAS UNTUK MELIHAT PLAYER LIVE STREAM

LIVE STREAM

SEMBANG LIVE

Monday, November 19, 2012

Perasaan Seorang Lelaki


Assalamualaikum :)

tiba-tiba terpanggil untuk menulis entry berkaitan perasaan lelaki....
perbualan dengan teman rapat ibarat 'wake up call' untuk aku yang selalu terlupa lelaki itu punyai perasaan halus seperti perempuan juga....
betapa malunya aku dengan sikap dan perangai aku yang melayan lelaki terutama si dia tanpa memikirkan perasaannya
aku buat si dia rasa tidak dihargai dan tidak disayangi dengan sikap kuat dan cepat merajuk aku....
lelaki,mereka ego tapi kenapa bila kita gaduh dengan si dia,cepat sahaja si dia jawab 'i mintak maaf ok?', kemudian kembali normal,walhal hati kita sakit lagi ni.....
sebenarnya mereka tak nak panjangkan pergaduhan ni sebab tak nak si perempuan sakit hati dan menangis...
tapi perempuan,susah nak faham, mereka fikir si dia dah tak sayang lagi dah,sampai menjadi punca perpisahan....
kenapa lelaki sanggup minta maaf dekat si kekasih walaupun mereka tak buat salah?jawapannya senang,sebab lelaki tu sayang sangat dekat si perempuan...
dan sifat lelaki menelan apa yang dilemparkan dan memendam perasaan sakit mereka
sampailah suatu masa,mereka dah tak tahan,si perempuan ditinggalkan
si perempuan pula berfikiran mereka tak pernah salah
kenapa si dia nak cari lain pula kan?
kenapa perlu nak pendam?kenapa tak luahkan dekat si perempuan je kan?kenapa nak cari lain?
dekat situ si perempuan dah tersilap sebenarnya
macam mana lelaki nak luahkan apa yang mereka rasa,sakit hati yang mereka rasa sedangkan kebanyakan masa mereka memujuk si perempuan yang kerap merajuk dan terasa hati
lambat sikit, merajuk...
tak jawab sms, merajuk....
tak jawab panggilan telefon, merajuk...
tak bawa keluar 'deting', merajuk....
lambat jawab sms, merajuk....
lambat jawab panggilan telefon, merajuk...
keluar tengok bola dengan kawan-kawan, merajuk....
ish, sepanjang masa nak merajuk dan terasa hati...
aku tulis ni pun dah terasa annoyingnya perempuan boleh jadi!
lelaki perlukan seseorang yang boleh faham dia....
apa yang dia suka,dia nak kongsi dengan kita dan harap kita pon suka....
lelaki memang suka berkawan dengan ramai perempuan
tetapi dalam hati dia sentiasa ada seorang perempuan yang lengkapkan hidup dia
kenapa lelaki ramai kawan perempuan?sang kekasih seorang dah tak cukup ke?
haa,sebab lelaki nak tahu apa perasaan mereka dekat perempuan-perempuan lain ni, sama ke tidak dengan perasaan mereka towards his special women
kenapa kita nak hidup berpasangan?bagi aku,sebab aku nak bahagia dan gembira sahaja
jadi,buat cara nak gembira
tak payah nak fikir negatif mengenai pasangan kita
benda tak wujud pun kita wujudkan
kadang-kadang kita yang buat diri sendiri tak gembira,menangis,sedih
bukan orang lain yang buat
sebab selalu nak fikir benda yang buruk-buruk
benda yang tak betul
jadi perempuan-perempuan di luar sana,jom kita sama-sama buangkan perasaan takut dengan bayang sendiri
sebelum tidur jangan lupa muhasabah diri sendiri ok?
renung-renungkan dan slamat beramal :))

1 comment:

TV 6 RTM