dusun

dusun

DISCLAIMER

DISCLAIMER: None of the videos are hosted by this site. Streams hosted from sites like Veetle,Micast,Veemi are embedded here. This site is not responsible for the legality of the content. For legal issues, please contact appropriate media file owners/hosters. Tontonbola.com tidak menjadi host/tuan rumah mana-mana Live Streaming, TV Online atau Video Online di laman web ini. Semua Live Streaming, TV Online atau Video Online yang terdapat di laman web ini anda boleh didapati dan diperolehi secara percuma di seluruh web amnya. Pihak kami tidak membuat sebarang jaminan atau janji-janji dalam perkhidmatan kami dan mengambil sebarang liabiliti untuk pengguna kami dengan sebarang tindakan. Pihak kami juga tiada hubung kaitnya dengan iklan atau affiliate berbayar/percuma yang tersiar di mana-mana ownes video, live streaming dan online yang dimainkan di laman web kami. Semua kandungan adalah hak cipta pemilik asal masing-masing.

LIVE STREAM

SILA PILIH YES BAGI UMUR 18 TAHUN KEATAS UNTUK MELIHAT PLAYER LIVE STREAM

LIVE STREAM

SEMBANG LIVE

Friday, February 14, 2014

Hukum melabur dalam ASB, ASN 'harus' tegas Jawatankuasa Fatwa

KUALA LUMPUR: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah 'Harus'. 

Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut Abd Shukor, Jawatankuasa Fatwa amat kesal kerana terdapat pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan dengan memuat naik surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang menyatakan skim tersebut sebagai tidak patuh Syariah. 



Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (COMANGO) mengenai hukum melabur dalam ASB dan ASN yang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini. 

Tahun lalu, COMANGO menghantar laporan mengenai pelbagai isu hak asasi manusia di Malaysia untuk diteliti dalam Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland. 

Antara tuntutan lain ialah menuntut hak kebebasan beragama, pengiktirafan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender. 

Status melabur dalam ASN dan ASB yang juga dibangkitkan oleh beberapa penceramah di laman-laman sosial, turut menimbulkan keresahan kepada masyarakat awam. 
"Isu pelaburan ini merupakan perkara ijtihadi, yang sememangnya akan mengundang polemik dan perdebatan jika semua pihak yang mendakwa sebagai pakar mahu menegakkan pandangan masing-masing tanpa menghiraukan peranan pihak yang diberi autoriti dalam menentukan hukum. 

"Sewajarnya mereka yang melabelkan diri sebagai intelektual Islam ini memahami isu ini secara menyeluruh dan hak-hak Ulil Amri kerana akibat daripada sikap mereka yang gemar dan sengaja mempertikaikan hukum yang dibuat, telah menimbulkan keresahan yang meruncing dalam kalangan umat Islam," katanya. 

Abd Shukor menyifatkan tindakan itu hanya akan merugikan umat Islam sendiri. 

Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan supaya provokasi yang membabitkan hukum hakam dihentikan supaya tidak mengundang kekeliruan. 

- BERNAMA

BANJIR DI Beaufort,Tenom dan Keningau







BANJIR DI Beaufort,Tenom dan Keningau

Today, February 14, 2014 is a special historic day: (1) Our thoughts and prayers with the folks in Beaufort and many other areas which are affected by flood (2) It's the 15th day of Chinese New Year (Chap Goh Meh) that coincides with (3) Valentine's Day, this happens once every 19 years.

Seen here is the Chap Goh Mei celebration in Beaufort, 1960s.


Pekan Beaufort ~ whatsapper sharing







Today, February 14, 2014 is a special historic day: (1) Our thoughts and prayers with the folks in Beaufort and many other areas which are affected by flood (2) It's the 15th day of Chinese New Year (Chap Goh Meh) that coincides with (3) Valentine's Day, this happens once every 19 years.

Seen here is the Chap Goh Mei celebration in Beaufort, 1960s



 BANJIR: DI TV "NO BERITA"
( foto banjir Beaufort semalam dua lemas meninggal)

Apakah Sabah ini bukan bawah Malaysia?

Sabah ini memang macam anak yatim piatu tak dipeduli, tapi harta anak yatim habis dirampas.

Kalau di Malaya banjir maka macam2 berita dan ramai bantu, tapi di Tenom dan beaufort meski ada dua orang lemas/mati, TV tetap sunyi sepi seolah Sabahan dibuang ke tong sampah atau longkang.

Itupun rakyat Sabah masih tak fahamkah?

Credit by:ISMAILY BUNGSUhttps://www.facebook.com/bang.mailya



tiba2 air melimpah dan sungai padas dibawanya pesan petaka dan demikian saudaraku terkoban hilang dalam arus deras

crdit by:ISMAILY BUNGSU

Cerita rakyat dongeng.

1 hari sultan brunei menitahkan para hulubalang dan menteri...

sultan : mari kita pg belayar d lautan. tapi sepanjang pelayaran jangan sekali kali kamu bgtahu sesiapa yg saya ini ialah sultan brunei. kita menyamar sbg pelayar biasa saja.

hulubalang: ya tuan raja!

menteri : ya sultan!

maka belayar lah diurang..

selepas beberapa minggu belayar..mereka terkandas d tgh lautan tanpa sebarang mknan dan minuman.

sultan: hey menteri! kmu nampak tu ada satu kapal sdg menuju ke arah kita?

menteri: ya sultan..hey hulubalang pg tahan tu kapal, kita minta tolong diorang.

hulubalang: ok ok bos..!

sultan: diam2 saja kmu jgn bagi tau kita ni siapa.

maka hulubalang pun mengibarkan bendera putih sebagai tanda meminta tolong. kapal itu pun berhenti dkt kpl sultan brunei. rupanya kapal itu ialah kapal penyeludup brg mnuman beer dan rokok dari sabah yg kbtulan baru keluar dr labuan. kapten kpl itu seorang dusun dr keningau.

dusun: ya tompinai ada apa masalah kamurang?

hulubalang: tuan..tolong kami,suda beberapa hari kami terkandas dan tiada makan minum..kalau boleh bagi lah kmi sedikit mknan dan mnuman.

dusun: oh bulih bah..tapi kapal kami ni ada beer sama rokok saja. mknan teda ni..kalau kamu mau ambil saja tu beer la..byk tuh

sultan: hmm darurat suda ni. arak ni mmg haram tapi daripada mati kehausan...(bfkir dlm hati)

dusun: jadi pa macam..kmu mau ka nda ni?

sultan: ok saudara..bagi lah kmi beberapa yg kmu sudi bagi

asi dusun itu pun memberi mrk bbrapa katon tiger. sultan brunei dan orang2 nya pun minum dgn lahap sbb kebuluran.
setelah habis minum 3 tin, lega lah haus sultan brunei itu. kmudian brfikir lah dia utk memberikan ganjaran kpd org dusun yg menolong mereka. tapi sebelum itu dia trfikir juga utk terus terang siapa sebenarnya dia..

sultan: wahai orang muda yg budiman. sebenarnya kami ni berlayar dari brunei.

sultan: dan saya sebenarnya sultan negara brunei..saya ingin bagi kamu.......

dusun: BEH BEH BEH BEH..BARU 3 TIN MENGAKU SUDA SULTAN BRUNEI...

Almy Nadia Mengaku Terkejut Dengan Pengumuman Fizz Fairuz


Dan bukan terkejut kerana tidak mengetahui yang mereka bakal berkahwin, tetapi terkejut kerana pengumuman yang dibuat oleh Fizz Fairuz kepada pihak media secara tiba tiba dan terlalu awal dari apa yang mereka berdua rancang.
“Terkejut juga bila Fizz cakap dia sudah dedahkan (berita perkahwinan) kepada media tadi (semalam). Asalnya kita rancang hendak dedahkan mungkin pada Mac atau April nanti. Sebab macam terlalu awal juga sebenarnya”
“Patutnya simpan (rahsiakan) lagi, tetapi mungkin dia sudah bosan asyik diajukan pertanyaan kahwin, jadi dia dedahkan juga,” ujar Almy Nadia kepada Harian Metro hari ini.
Menerusi portal GUA hari ini, Almy Nadia berkata yang beliau mengharapkan semua yang dirancang akan berjalan lancar namun tidak menolak masih mempunyai fobia untuk berkahwin selepas apa yang terjadi sebelum ini.
“Perasaan saya gembira, takut dan teruja. Semuanya bercampur baur kerana pelbagai benda telah melanda hubungan kami untuk sampai ke tahap ini. Perkara yang telah terjadi membuatkan saya menjadi fobia,” ujarnya.
Fizz Fairuz semalam mendedahkan yang beliau akan menikahi Almy Nadia pada 30 Mei ini di kediaman bakal pengantin perempuan di Pulau Pinang dan turut berkata yang mereka sudah pun bertunang pada Oktober tahun lalu.

Jadual dan tarikh pembayaran gaji tahun 2014 kakitangan awam


Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam
Bagi penjawat awam, jadual pembayaran gaji ini adalah penting buat mereka dalam merancang kewangan dan perbelanjaan bulanan keluarga
Tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 adalah seperti berikut











TV 6 RTM