dusun

dusun

DISCLAIMER

DISCLAIMER: None of the videos are hosted by this site. Streams hosted from sites like Veetle,Micast,Veemi are embedded here. This site is not responsible for the legality of the content. For legal issues, please contact appropriate media file owners/hosters. Tontonbola.com tidak menjadi host/tuan rumah mana-mana Live Streaming, TV Online atau Video Online di laman web ini. Semua Live Streaming, TV Online atau Video Online yang terdapat di laman web ini anda boleh didapati dan diperolehi secara percuma di seluruh web amnya. Pihak kami tidak membuat sebarang jaminan atau janji-janji dalam perkhidmatan kami dan mengambil sebarang liabiliti untuk pengguna kami dengan sebarang tindakan. Pihak kami juga tiada hubung kaitnya dengan iklan atau affiliate berbayar/percuma yang tersiar di mana-mana ownes video, live streaming dan online yang dimainkan di laman web kami. Semua kandungan adalah hak cipta pemilik asal masing-masing.

LIVE STREAM

SILA PILIH YES BAGI UMUR 18 TAHUN KEATAS UNTUK MELIHAT PLAYER LIVE STREAM

LIVE STREAM

SEMBANG LIVE

Friday, February 14, 2014

Almy Nadia Mengaku Terkejut Dengan Pengumuman Fizz Fairuz


Dan bukan terkejut kerana tidak mengetahui yang mereka bakal berkahwin, tetapi terkejut kerana pengumuman yang dibuat oleh Fizz Fairuz kepada pihak media secara tiba tiba dan terlalu awal dari apa yang mereka berdua rancang.
“Terkejut juga bila Fizz cakap dia sudah dedahkan (berita perkahwinan) kepada media tadi (semalam). Asalnya kita rancang hendak dedahkan mungkin pada Mac atau April nanti. Sebab macam terlalu awal juga sebenarnya”
“Patutnya simpan (rahsiakan) lagi, tetapi mungkin dia sudah bosan asyik diajukan pertanyaan kahwin, jadi dia dedahkan juga,” ujar Almy Nadia kepada Harian Metro hari ini.
Menerusi portal GUA hari ini, Almy Nadia berkata yang beliau mengharapkan semua yang dirancang akan berjalan lancar namun tidak menolak masih mempunyai fobia untuk berkahwin selepas apa yang terjadi sebelum ini.
“Perasaan saya gembira, takut dan teruja. Semuanya bercampur baur kerana pelbagai benda telah melanda hubungan kami untuk sampai ke tahap ini. Perkara yang telah terjadi membuatkan saya menjadi fobia,” ujarnya.
Fizz Fairuz semalam mendedahkan yang beliau akan menikahi Almy Nadia pada 30 Mei ini di kediaman bakal pengantin perempuan di Pulau Pinang dan turut berkata yang mereka sudah pun bertunang pada Oktober tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

TV 6 RTM