DILEMA BERAKHIR BUAT ROZAIMI
Dilema penyerang Sabah,Rozaimi Abdul Rahman berakhir sudah. Peledak berbisa negara itu mengesahkan bakal menjalani ujian bersama kelab Liga Perdana Thailand,BEC Tero Sasana. Ternyata spekulasi mengenai liga di thailand yang lebih terarah kepada aktiviti menjual perlawanan sebelum ini tidak menggangu keterujaan Rozaimi a.k.a Amy a.k.a "NEYMAR SABAH" menimba ilmu di luar negara.
Rozaimi yang telah banyak membantu Sabah dalam Skuad Sukan Malaysia(Sukma XV) menentang perak pada perlawanan akhir semalam di stadium Darul Makmur,Kuantan yang menyaksikan Sabah membenam perak dengan jaringan Sabah-3 perak-0.beliau akan menjalani ujian pemilihan bersama kelab tersebut selama seminggu.
begitu pun,katanya ujian itu hanya akan dilakukan selepas membantu selangor dalam saingan piala malaysia 2012 setelah dia disahkan akan dipinjamkan kepada skuad gergasi merah itu semalam."Jika berjaya dipilih,saya akan menyarung jersi Tero Sasana tetapi pada masa sekarang terlalu awal untuk saya memperkatakan mengenai perkara itu,"kata Rozaimi di kuantan.
Nama anak kelahiran Bongawan Sabah itu tiba-tiba meniti di bibir peminat bola sepak tempatan apabila berjaya meledak 10 gol pada kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun di Yangon,Myanmar baru-baru ini. Dalam pada itu,Rozaimi menafikan spekulasi yang mengatakan beliau 'Lupa Daratan' sebaik menyertai Gergasi Merah secara pinjaman."saya sayangkan Sabah,namun peluang menimba ilmu bersama selangor tidak harus saya lepaskan..lagipun saya masih muda,jika gagal menyertai Tero Sasana saya akan kembali semula bersama Sabah bukannya Selangor".kata Rozaimi.
No comments:
Post a Comment