Tidak menjadi salah jika suami itu tidak serba boleh. Aku yakin ramai isteri diluar sana yang berjodoh dengan lelaki(suami) yang banyak kekurangannya. Tetapi syaratnya bagi lelaki-lelaki ini, janganlah dia mempertahankan 'kebodohan' itu. Perbaikilah diri. Tidak pernah terlambat untuk berubah dan belajar.
Pernah timbul isu ini pasal ada yang mengutarakan. Bagaimana jika lelaki tidak boleh menjadi Imam yang baik dalam sembahyang? Bagaimana pula dengan wanita yang tidak tahu memasak? (bukan nak membela wanita), tetapi secara peribadinya aku tak nampak masalah apa-apa pun. Jika perempuan 'tidak mahu memasak'. Hah ini baru masalah. Selagi mereka 'sudi' memasak, telan saja lah, walau sedap atau tidak. Sebab, "makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan".
Tapi bab lelaki tidak boleh menjadi 'imam' (didalam sembahyang atau 'imam' secara total 'dalam kehidupan keluarga tersebut') Ini masalah yang sangat besar sebenarnya. "Masalah yg kita lihat kecil, tapi inilah objektif sebuah kehidupan kekeluargaan".
Apa nak buat yer? Kalau melalui situasi ini? Bagi wanita yang suami mereka tidak 'mampu' menjadi 'imam' yg baik. Apakah tindakan mereka? Sebenarnya topik ni boleh dibincangkan dengan lebih luas lagi.
Dan bagaimana pulak jika situasi ini dilalui oleh 'anda'(lelaki). Adakah 'anda' seorang yang tidak melihat kepentingan 'agama' melebihi segala keperluan yg lain? Atau anda akan lari dan mengelak diri dari memperkatakannya. Atau tidak melakukan apa-apa demi memperbaiki masaalah ini? Atau anda org yang akan berusaha bersungguh-sungguh mencari jalan penyelesaiannya.?
Jangan tanya saya, kerana saya mempunyai pendapat saya sendiri. Dan ianya sesuai dengan kemampuan dan keperluan saya. Sedangkan anda perlu menilai 'keperluan' dan juga sesuai dengan 'kemampuan' anda pula. (Selagi kita meletakkan kepentingan Agama itu melebihi segala kepentingan yang lain, itu adalah pandangan yang betul) Hanya bagaimanakah caranya untuk merealisasikanpandangan tersebut, Terserahlah kepada individu itu.
Dan bagi pihak isteri, sekadar memperkatakannya tidak membantu mengubah apa-apa keadaan. Sedangkan inilah yang dimaksudkan 'perkahwinan'. Ianya ikatan antara kelebihan dan kekurangan. Ikatan kasih sayang dan tolak ansur. Bantu membantu. Saling melengkapi. Atau beratus-ratus definasi lagi, yang selalu kita dengar mereka dengan bijak memperkatakannya.
Dan isteri itu adalah pasangan bagi lelaki.Kerana ia adalah pelengkap bagi lelaki. Dan lelaki itu tidak lengkap tanpa wanita disampingnya. Bergitu juga dengan demikian. Jangan mempertikaikan kekurangan diantara kalian. Kerana perkahwinan itu ujud lantaran dari ketidak sempurnaan manusia itu sendiri. Untuk menguatkan mereka supaya mereka saling bantu membantu diantara satu sama lain. Dan menjadikan yang berat itu 'ringan' kepadanya.
Tidak salah suami-suami yang kurang mengetahui selok belok Agama mempelajari dari isteri mereka. Kedudukan mereka sebagai suami bukanlah satu status atau situasi yang meletakkan lelaki itu 'harus' bersifat ego dan sombong. Sedangkan 'mereka' itu adalah isteri kalian yang sangat sayangkan kalian. Dan yang sangat kalian sayangi. Apa yang menjadi susahnya menerima tunjuk ajar dari orang yang kita sayangi?
No comments:
Post a Comment