Tip 1 : Jaga Penampilan - Pakai baju yang macam baju
Bagi perempuan..aku rasa sepatutnya pakai baju kurung. Memang manis. Tapi dek kerana perubahan zaman. Sekarang org dah sangat pelek bila melihat lelaki Melayu yang berbaju Melayu, tidak pada hari jumaat dan Hari Raya Puasa atau Raya Haji…erkk?!! Yer kah? Iya..betul.
Janggal sgt rasanya, anda hadir makan tengahari dirumah keluarga si dia dengan berpakaian Baju Melayu(siap ngan songkok bagai). Haiii risau bakap pak mertua. “Ini pahlawan Melayu mana sudah anak aku jatuh chenta nih?”
Tip 2 : Bawa Teman - Teman yang bleh dipercayai (bukan teman yang ber’tanduk’ dua)
Bab ni aku tak setuju. Maksudku bukan mutlak aku menolaknya, “CUMA KURANG SETUJU” berkenaan dengan kawan tersebut. Lebih baik atau elok(lebih Nampak iklasnya) dibawa saudara.adik beradik lebih afdal(adik beradik perempuan, bagi yg lelaki) jika wanita, bawalah abang kandungmu.
Tip 3 : Kenali Ahli Keluarganya
Err…ini usaha sepanjang hayat nih. , tak mungkin boleh mengenal mereka dalam masa sehari , sebulan atau setahun. Dan masih tidak mengenali mereka buka alas an untuk anda tidak melangkah ketahap berikutnya dalam hubungan kalian.
Tip 4 : Jaga Adab Sopan - Makan sikit je walaupun tengah lapor tak makan seminggu.
Jaga adap dan sopan. Yer betul..tapi jangan keterlaluan. Maksudnya, biar jujur. Biar padan. Kalau badan saiz XXXL, tapi makan nasik ader ke sejemput. Bukankah itu tak logic akal? Hilang nak tunjukkan anda seorang yg sangat bersopan, timbul perasangka yang anda ini sangat hipokrik. Amacam? Belasah jerrr, bedal jer budu, cencalok semer tur!!!
Tip 5 : Bersikap Ramah Mesra -
Kebanyakan aku setuju dengan ulasan asal berkenaan dgn nih. Cuma nak tambah sikit jer. Kalau kau perempuan…MAKE SURE!!!!!...KORANG TIDAK KETAWA BERDEKAH-DEKAH. Walaupun cerita lawak nak mampus. Senyum jer.(Percayalah cakap aku, saham korang akan melambung setinggi-tingginya) attitude!! Itu penting.
Dan kalau kau lelaki pulak.
1.Pastikan, jangan duduk terlalu selesa(bersandar melunjurkan kaki, sehingga menjemur perut).
2.Juga jangan duduk menungkat pada siku diatas kedua peha anda.
Yg pertama korang kelihatan sangat biadap…dan kedua nampak seperti pencuri yang ditangkap kerana mengendap anak dara sedang mandi(ketakutan).
Tip 6 : Murahkan Senyuman - Senyumlah-senyumlah wahai cik mek molek
Well….payah utk tidak setuju dengan saranan yang satu ini. Orang yg nak dijatuhkan hokum bunuh pun boleh terlepas kerana senyuman.
Tip 7 : Sediakan Buah Tangan -
Bab- duit-duit raya tur, kalau time raya boleh laa.. dan sangat bagus juga idea tur. (sedia kan jer lah..kalau bg seringgit kena kutuk la kau, kalau bg rm10 alamat kopak ler, kalau rm5 mcm maner?)
Cuma aku nak tambah sikit. Berkenaan dgn buat tangan
.. nak bawak buah ker, kain batik ker, kain pelikat ker. Sebaiknya, biarlah buah tangan yg datang dari rumahmu. Sepertinya anda membawa masakan rendang dari rumah, dan katakan," ibu dan ayah dirumah berkirim salam. Dan ini titipan dari mereka." Itu lebih terlihat ukhwahnya. Kalau main beli jer..huh!!!! diorg lebih dari mampu kalau takat nk membelu anggur hitam turh!
Nak tambah nih…
Tips 8: Belajar merendah diri
Merendah diri disini bukan bermaksud, merendah-rendahkan diri sendiri. Tetapi bermaksud tidak meninggikan diri, tidak sombong, tidak angkuh. Tidak berkira dengan sedikit sindiran. Jangan cepat marah dan melenting jika terasa di gugat kredibiliti dan ketokohan anda dipertikaikan. Let go, be family.
Dan kalau nak di letakkan tips dan petua2nya. Untuk menjadikan sesuatu itu berjalan dengan lancar..herrrr…dua bonet keta tak muat.
Yang pasti…pandangan Si Dia menjadi pemulaan segala-galanya, siapakah anda dimata keluarganya. Jika anda seorang yang penyayang padanya…maka keluarganya akan menerima anda sebagai seorang yang penyayang. Jika si Dia memomokkan , yg anda ini adalah seorang yang penyabar..maka anda akan diterima sebagai org yang penyabar.
Moralnya kat sini?!!! JAGA HATI SI DIA DULU. Bentuk diri sendiri menjadi sehebat dan sebaik yg mungkin. Kerana sesuatu yang pura-pura itu pasti tidak akan kekal.
Diolah dari Artikel : http://speedfinger.org
No comments:
Post a Comment