dusun

dusun

DISCLAIMER

DISCLAIMER: None of the videos are hosted by this site. Streams hosted from sites like Veetle,Micast,Veemi are embedded here. This site is not responsible for the legality of the content. For legal issues, please contact appropriate media file owners/hosters. Tontonbola.com tidak menjadi host/tuan rumah mana-mana Live Streaming, TV Online atau Video Online di laman web ini. Semua Live Streaming, TV Online atau Video Online yang terdapat di laman web ini anda boleh didapati dan diperolehi secara percuma di seluruh web amnya. Pihak kami tidak membuat sebarang jaminan atau janji-janji dalam perkhidmatan kami dan mengambil sebarang liabiliti untuk pengguna kami dengan sebarang tindakan. Pihak kami juga tiada hubung kaitnya dengan iklan atau affiliate berbayar/percuma yang tersiar di mana-mana ownes video, live streaming dan online yang dimainkan di laman web kami. Semua kandungan adalah hak cipta pemilik asal masing-masing.

LIVE STREAM

SILA PILIH YES BAGI UMUR 18 TAHUN KEATAS UNTUK MELIHAT PLAYER LIVE STREAM

LIVE STREAM

SEMBANG LIVE

Wednesday, May 2, 2012

Kemuliaan dan Keistimewaan Nabi Muhammad SAW


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.

.
.

Kemuliaan dan Keistimewaan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diutuskan sebagai rasul terakhir yang sentiasa menyeru manusia ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat. Di antaranya keistimewaan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi sebelumnya adalah:
1.     Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah manusia pertama yang diciptakan Allah SWT iaitu ketika Nabi Adam a.s. masih dalam keadaan antara roh dan jasadnya. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)..
2.     Allah SWT telah menetapkan bahawa semua nabi bermula dari Nabi Adam a.s. sehinggalah ke Nabi Isa a.s., terikat dengan janji bahawa mereka akan beriman dan seterusnya membela atau membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Firman Allah SWT : “Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: “Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya.” (Surah Ibrahim: 81)..
3.     Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin.Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada kaumnya sahaja. (Diriwayatkan oleh Bukhari).
4.     Salasilah atau asal-usul keturunan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bermula dari Nabi Adam a.s. hinggalah Abdullah bin Abdul Mutalib tidak terdapat seorang pun di antara mereka yang pernah melakukan perbuatan yang tidak senonoh. (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan lain-lain)..
5.     Ketika Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dilahirkan, Bondanya melihat cahaya memancar menerangi istana-istana megah di Syam. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal)..
6.     Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Diriwayatkan oleh al-Bazzar).
7.     Allah SWT memberi nama ‘Ahmad’ (Muhammad) kepada baginda yang berasal dari perkataan ‘hamada’ (puji). Ia merupakan kata akar bagi salah satu sifat Allah iaitu ‘Mahmud’ (Maha Terpuji). Sebelum itu tidak ada seorang pun yang bernama seperti Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. (Diriwayatkan oleh Muslim).
8.     Ketika baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam masih kanak-kanak, disaat baginda sedang bermain-main datanglah Malaikat membelah dadanya dan mensucikan hatinya. (Diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lain).
9.     Pada masa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sedang berjalan di tengah terik panas matahari, terdapat gumpalan awan menaunginya. (Diriwayatkan oleh Abu Naim dan lain-lain)..
10.  Pernah terjadi ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sedang berjalan dan hendak berteduh di bawah sebuah pokok, tumbuhan itu bergerak mennghampiri Baginda. (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi).
11.  Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berjalan di samping orang bertubuh tinggi, Baginda nampak lebih tinggi. (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi)..
12.  Semasa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menerima wahyu pertama di Gua Hira’, Jibril a.s. memeluk Baginda sebanyak 3 kali. (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)..
13.  Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HR: Bukhari) Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak solat melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Diriwayatkan oleh Ahmad).
14.  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sering lapar di malam hari kerana tidak mempunyai makanan, namun keesokan harinya baginda akan merasa kenyang. Allah SWT juga yang dengan kekuasaan ghaibnya memberi ‘makan-minum’ kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam hinggakan baginda tidak merasa lapar atau haus. (Diriwayatkan oleh Muslim)..
15.  Di waktu malam yang gelap-gelita, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dapat melihat sesuatu dengan jelas dan terang seolah-olah seperti baginda sedang melihatnya di waktu siang. (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi)..
16.  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dapat melihat sesuatu yang dibelakangnya dengan jelas seolah-olah Baginda melihat dari arah hadapannya. (Diriwayatkan oleh Muslim)..
17.  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam hanya tidur dengan mata, sedangkan hatinya tetap tidak tidur. (Diriwayatkan oleh Bukhari)..
18.  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah menguap. (Diriwayatkan oleh Abu Syaibah dan lain-lain. Dikemukakan juga oleh Al-Khatabiy)..
19.  Selama hidup Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah ihtilam (mimpi syahwat) sama seperti para Nabi dan Rasul sebelumnya. (Diriwayatkan oleh Tabrani)..
20.  Peluh (Keringat) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sama-sekali tidak berbau. (Diriwayatkan oleh Abu Naim dan lain-lain).
.
21.  Ludah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dapat menjadikan air laut yang masin menjadi tawar. (Diriwayatkan oleh Abu Naim)..
22.  Suara Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dapat didengar oleh orang yang berada pada jarak yang kebiasaannya susah untuk mendengar. (Diriwayatkan oleh Bukhari)..
23.  Allah SWT telah menjalankan Baginda pada malam hari dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Firman allah di dalam al-Quran: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: 1).
24.  Allah SWT telah menurunkan Malaikat bagi membantu baginda semasa peperangan Badar dan peperangan Hunain. Firman Allah SWT: “Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya. (Ingatlah), ketika kamu mengatakan kepada orang mu’min: “Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)?” (Surah Al-Imran: 123-124).
25.  Nabi diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Diriwayatkan oleh Bukhari).
26.  Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Baginda. (Diriwayatkan oleh Bukhari).
27.  Mula-mula syaitan yang bersama Nabi adalah kafir. kemudian Allah membantu NabiSallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya syaitan tersebut..
28.  Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam penutup bagi kenabian. (Diriwayatkan oleh Muslim).
29.  Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Diriwayatkan oleh Ahmad).
30.  Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Diriwayatkan oleh Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna..
31.  Diberikan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung dibawah arasy. (Diriwayatkan oleh an-Nisaei).
32.  Ummatnya adalah sebaik-baik Ummat. (Diriwayatkan oleh Ahmad).
33.  Diberikan Telaga al-Kauthar kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan umatnya di akhirat kelak. (Diriwayatkan oleh al-Bazzar).
34.  Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (HR: Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Diriwayatkan oleh Ahmad).
35.  Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat. (Diriwayatkan oleh Muslim.)..

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
..
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

No comments:

Post a Comment

TV 6 RTM