dusun

dusun

DISCLAIMER

DISCLAIMER: None of the videos are hosted by this site. Streams hosted from sites like Veetle,Micast,Veemi are embedded here. This site is not responsible for the legality of the content. For legal issues, please contact appropriate media file owners/hosters. Tontonbola.com tidak menjadi host/tuan rumah mana-mana Live Streaming, TV Online atau Video Online di laman web ini. Semua Live Streaming, TV Online atau Video Online yang terdapat di laman web ini anda boleh didapati dan diperolehi secara percuma di seluruh web amnya. Pihak kami tidak membuat sebarang jaminan atau janji-janji dalam perkhidmatan kami dan mengambil sebarang liabiliti untuk pengguna kami dengan sebarang tindakan. Pihak kami juga tiada hubung kaitnya dengan iklan atau affiliate berbayar/percuma yang tersiar di mana-mana ownes video, live streaming dan online yang dimainkan di laman web kami. Semua kandungan adalah hak cipta pemilik asal masing-masing.

LIVE STREAM

SILA PILIH YES BAGI UMUR 18 TAHUN KEATAS UNTUK MELIHAT PLAYER LIVE STREAM

LIVE STREAM

SEMBANG LIVE

Tuesday, May 1, 2012

Kisah Pemuda Nakal Dan Ular (Kisah Benar )

Dalam sebuah riwayat mengatakan bahawa pada suatu hari Nabi Isa A.S sedang berjalan melalui sebuah kampung.Dalam kampung yang di lawati Nabi Isa A.S itu terdapat seorang pemuda yang sangat nakal bernama Qashar.Oleh sebab kenakalan yang melampau itu, apabila Nabi Isa A.S sampai di kampung itu, semua penduduk kampung itu memberitahu Nabi Isa A.S tentang masalah yang mereka hadapi itu. Penduduk kampung itu memberitahu Nabi Isa A.S dengan berkata “ Seorang pemuda nakal sentiasa menutup air, mengotorkan air dan meludahi air, oleh itu kami harap kamu berdoalah kepada Allah S.W.T supaya pemuda nakal itu tidak dapat kembali ke kampung itu lagi.”



Setelah Nabi Isa A.S mendengar segala penjelasan dari penduduk kampung tersebut, maka Nabi Isa A.S pun berdoa “ Ya Allah, utuslah seekor ular supaya pemuda nakal itu tidak kembali lagi (mati) .” Dikisahkan bahawa pemuda nakal itu telah menghampiri tempat air untuk menutupnya dengan kain dan dalam pada itu dia membawa bersamanya 3 keping roti dalam bungkusannya, apabila dia telah sampai di tempat air itu maka dating seorang ahli ibadat menghampirinya, yang mana ahli ibadat itu melakukan ibadat tidak jauh dari tempat air tersebut.

Ahli ibadat itu memberi salam sambil berkata “Adakah kamu membawa sesuatu yang mungkin kamu dapat berikan kepadaku, atau kamu tunjukkan sesuatu kepada ku sehingga aku dapat melihat, atau kamu tunjukkan kepadaku bagi aku melihat sabab aku telah merasa bau yang sangat sedap.Saya belum lagi pernah makan sesuatu yang sedemikian.


Apabila Qashar mendengar kata-kata ahli ibadah itu maka dia pun memberikan sekeping roti kepada ahli ibadah itu.Ahli ibadah itu pun mengambil roti tersebut dengan berkata: 

“Mudah-mudahan Allah mengampuni dosamu dan membersihkan hatimu Qashar.”
Kemudian Qashar memberikan lagi sekeping roti, maka ahli ibadah itu menerimanya dengan berkata “Mudah-mudahan Allah membangunkan untuk kamu sebuah istana di dalam syurga.”
Setelah Qashar mendengar segala yang diucapkan oleh ahli ibadah itu maka dia pun kembali ke kampungnya, apabila orang-orang kampung melihat Qashar telah balik semula ke kampung maka mereka pun memberitahu Nabi Isa A.S.


Kemudian Nabi Isa A.S berkata “Panggil dia ke mari”
Maka merekapun memanggil Qashar ,dan Qashar pun berdiri di depan Nabi Isa A.S.
Nabi Isa A.S berkata “Wahai Qashar katakan kepadaku apakah kebaikan yang telah kamu lakukan hari ini”
Kemudian Qashar pun berkata “Sebenarnya sewaktu saya pergi dekat tempat air itu untuk membuat kerja seperti biasa, maka seorang ahli ibadah telah menghampiriku maka dia berkata dia belum pernah memakan makanan yang bau wangi seperti roti yang saya bawa, maka saya pun memberikan kepada ahli ibadah itu satu keeping roti , maka ahli ibadah itu pun berdoa untuk saya, sehingga saya memberikan kepada ahli ibadah itu ke semua tiga keping roti itu.”


Kemudian Nabi Isa A.S berkata “Wahai Qashar bawakan ke mari bungkusan kamu itu”
Maka Qashar pun kembali membawa bungkusannya dan memberikan kepada Nabi Isa A.S.Lalu Nabi Isa A.S pun membuka bungkusan Qashar itu, sebaik sahaja Nabi Isa A.S membukanya maka didapatinya bahawa ada seekor ular hitam telah diikat dengan tali besi.
Nabi Isa A.S berkata kepada ular “Wahai ular hitam”.Lalu ular itu menyambut kata Nabi Isa A.S lagi dengan berkata “Ya Nabi Allah.”
Berkata Nabi Isa A.S lagi “Bukankah aku telah perintahkan kamu supaya mematuk orang ini”
Berkata ular hitam “Ya memang benar, tetapi telah dating seorang ahli ibadah meminta dari Qashar dan Qashar telah memberikan kepadanya, dan ahli ibadah itu telah berdoa kepada Allah S.W.T sebanyak tiga kali dan tiba-tiba ada malaikat turut mengaminkan, kemudian Allah S.W.T telah mengutus seorang malaikat lalu mengikat aku dengan tai besi.


Setelah Nabi Isa A.S mendengar kata-kata ular hitam itu maka Nabi Isa A.S pun berkata “Wahai Qashar, mulai sekarang kamu buatlah baik, sesungguhnya Allah S.W.T telah mengampuni kamu”
Sebab yang dikatakan walau sebagaimana kita jahat sekalipun Allah S.W.T tetap sayangkan kita.


1. Allah S.W.T tidak memusnahkan kita apabila kita tidak mengerjakan perintahnnya
2. Dia tidak menghentikan rezekinya kepada kita
3. Dia tidak pendekkan umur kita


Allah S.W.T mencipta kita, maka dia itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.Cinta Allah S.W.T kepada hambanya adalah 70 kali lebih cintanya seorang ibu terhadap anaknya.
Apabila kita tidak mahu melakukan perintahnya.Allah S.W.T tetap memberikan segala yang perlu kepada seseorang hambanya, tetapi adalah dengan tidak ada berkatnya.Cuba kita bandingkan kalau seorang itu memiliki seekor anjing, apabila anjing itu tidak mahu mendengar kata tuannya dan sebaliknya dia menggigit tuannya, adakah tuannya akan menyimpan anjing tersebut, sudah tentu anjing itu dibunuhnya.





Kalau kita diibaratkan dengan anjing, kita juga harus menerima nasib yang sama dari Allah S.W.T.Inilah yang dikatakan sifat Allah itu Maha penyayang, tidak ada sesuatu yang mempunyai atau menyamai sifat Allah S.W.T
“Ya Allah, jadikanlah kami orang yang sentiasa berterima kasih dengan apa yang kamu rezekikan kepada kami dan janganlah kamu jadikan kami dalam golongan orang-orang yang yang mendapat kemurkaanmu”

No comments:

Post a Comment

TV 6 RTM