بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Kandungan doa perlu disusun mengikut tertib dan adabtertentu yang biasanya terdiri daripada 3 bahagian penting doa, iaitu;
.
1. Pembukaan / Permulaan
- Membaca ‘Basmalah’.
- Ucapan pujian kepada Allah SWT.
- Selawat kepada Nabi SAW.
.
Misalnya ketika menadah kedua tapak tangan, di mulai dengan sekurang-kurangnya membaca:
Terdapat juga berbagai-bagai kalimah selawat masyhur yang boleh digunakan sebagai permulaan doa seperti Selawat Tib, Selawat Munjiyah dan sebagainya, pilihlah di antaranya.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang itu mengerjakan solat dan dia hendak berdoa di dalamnya, hendaklah dia memulakan doa dengan memuji Allah SWT dan membesarkan-Nya. Sesudah itu berselawatlah ke atas Nabi SAW kemudian itu berdoalah dengan memohon apa sahaja yang dihajati.” (Riwayat Abu Dawud dan An-Nasa’i.)
.
2. Kandungan
- Pilih doa-doa yang bersesuaian dengan tujuan dan maksud keperluan diri atau majlis.
- Lebih afdal dibaca doa-doa daripada Al-Quran, amalan Rasulullah SAW dan para sahabat.
.
3. Penutup.
Semua doa hendaklah diakhiri sekali lagi dengan kalimat tahmid (memuji Allah SWT.) dan berselawat.
.
Nabi Muhammad SAW. bersabda; “Tiada daripada doa melainkan terdapat hijab (sekatan) di antara seseorang itu dan langit, sehinggalah berselawat ke atasku, maka tercariklah hijab itu dan diangkatlah doanya ke langit (diperkenankan).”
.
4. Setelah habis berdoa, sebelum membaca doa kedua diucapkan;
a. Istighfar 3 kali dengan harapan diampuni dosa oleh Allah SWT.:
.
b. Syahadah 3 kali, untuk pengukuhan iman dan meluaskan Titian Siratul-mustaqim:
c. Sebelum membaca Al-Fatihah, hendaklah dimulai dengan bacaan:
d. Baca Surah Al-Fatihah sebagai hadiah kepada Rasulullah SAW, para sahabat dan keluarga Baginda SAW.
.
Selepas bacaan Al-Fatihah, di akhiri dengan membaca penutup doa kedua.Kebiasaannya doa kedua ini adalah doa tolak bala. Kemudian disudahi dengan mengucap syahadat sebagai penutup wirid.
.
Walau bagaimanapun jika kesuntukan masa cukup dengan sekadar bacaan Al-Fatihahsebagai selingan di antara doa utama dan doa penutup kedua.
No comments:
Post a Comment