Penyanyi Remaja Stacy meminta agar para Peminat tidak menyalahertikan keintimannya dengan anggota kumpuan VIP iaitu Fadlan Hazim Anuwar (Fadlan) dengan menganggap mereka sebagai pasangan Kekasih.
Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 22, berkata pada hakikatnya mereka hanya Akrab sebagai sahabat kerana sudah saling mengenali sejak beberapa tahun lalu.
Memang saya rapat dengan Fadlan ". Secara kebetulan tiga anggota lain kumpulan tersebut iaitu Adam, Marlon dan Yandy berasal dari Sabah, maka Sebab itu kami menjadi rapat dan serasi.
"Boleh tanya kepada ahli VIP yang lain kami rapat macam adik-beradik tetapi tidak sampai ke Fasa bercinta seperti yang digembar-gemburkan," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.
Stacy Menambah, dakwaan yang mengatakan dia bercinta dengan Jejaka berusia 20 tahun itu adalah tidak logik kerana secara peribadinya dia lebih Selesa menjalin Perhubungan dengan lelaki lebih Matang.
"Dia terlalu muda untuk saya seperti pangkat adik. Kalau pun saya hendak bercinta, biarlah lelaki itu lebih tua. Paling tidak pun biarlah lebih tua setahun dua daripada saya.
"Terus-Terang, saya kurang berminat dengan lelaki yang lebih muda," jelasnya sambil menolak tuduhan kononnya Fadlan dikatakan Punca hubungannya dengan Akim berakhir.
No comments:
Post a Comment