dusun

dusun

DISCLAIMER

DISCLAIMER: None of the videos are hosted by this site. Streams hosted from sites like Veetle,Micast,Veemi are embedded here. This site is not responsible for the legality of the content. For legal issues, please contact appropriate media file owners/hosters. Tontonbola.com tidak menjadi host/tuan rumah mana-mana Live Streaming, TV Online atau Video Online di laman web ini. Semua Live Streaming, TV Online atau Video Online yang terdapat di laman web ini anda boleh didapati dan diperolehi secara percuma di seluruh web amnya. Pihak kami tidak membuat sebarang jaminan atau janji-janji dalam perkhidmatan kami dan mengambil sebarang liabiliti untuk pengguna kami dengan sebarang tindakan. Pihak kami juga tiada hubung kaitnya dengan iklan atau affiliate berbayar/percuma yang tersiar di mana-mana ownes video, live streaming dan online yang dimainkan di laman web kami. Semua kandungan adalah hak cipta pemilik asal masing-masing.

LIVE STREAM

SILA PILIH YES BAGI UMUR 18 TAHUN KEATAS UNTUK MELIHAT PLAYER LIVE STREAM

LIVE STREAM

SEMBANG LIVE

Sunday, May 6, 2012

Tasha Manshahar – Lagi artis Youtube berbakat besar(berasal dari sabah)

Siapa Tasha Manshahar?
Dalam seminggu ini meletup nama Tasha Manshahar bila gadis ini muncul di youtube dan laman social seperti facebook dan lain-lain.


Apa yang menariknya gadis manis ni sampai menjadi bual mulut orang terutamanya anak muda?
Meh kami bagitau..
Dalam masa 6 hari dari tarikh video (Be Mine) nyanyian Tasha Manshahar di upload di youtube, ianya telah mendapat lebih daripada 100, 000 (seratus ribu) kali dilihat (views). Nah! Mantapkan?




Lirik : Tasha Manshahar - Be Mine

Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya 
I cuma test you saja

c/o :
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever 

Lagu : Tasha Manshahar
Lirik : Tasha Manshahar
Thank you Aizat Amir for the recording and Clora Studio.




Rata-rata komen memuji suara dan lagu ciptaannya. Sememangnya Tasha Manshahar berbakat besar.
Dan baru sebentar tadi kami jenguk di facebook Tasha dan dia merendah diri dengan berkata jangan letakkan harapan besar terhadapnya ketika ini sebab dia bagitau dia bukan penyanyi profesional dan takut peminatnya keciwa jika diletakkan harapan yang terlalu besar.
Baguslah camtu. Nama besar artis youtube seperti Yuna, Zee Avi, Ana Rafali dan Najwa Latif sudah pun mengukir nama diorang dipersada industri musik tanah air. Semoga Tasha Manshahar sukses dan dipermudahkan dalam apa juga bidang yang ingin diceburinya.
Biodata Tasha Manshahar
Nama Penuh: Nur Nadia Natasha Binti Mohd Manshahar
Nama Panggilan: Tasha Manshahar
Tempat Tinggal: Kajang, Selangor.
Penuntut: Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas, Cheras.
Tempat Lahir: Duchest of Kent Hospital, Sandakan, Sabah.
Tarikh Lahir: 22 November 1992
Anak: Sulung daripada 3 orang adik beradik.
Kami quote sikit info mengenai Tahsa dari mynewshub.my :
Di laman sosial Facebook milik Tasha dan Clora Studio, mereka adalah gabungan tiga elemen yang bergabung dari tiga kumpulan berasingan iaitu vokalis terdiri daripada Syed Shamim dan Tasha Manshahar, bahagian muzik diketuai oleh Aizat serta video oleh Ximited Production.
Mungkin masih belum lagi terbuka untuk berada bersama-sama artis lain yang sudah terkenal, Clora Studio menyatakan mereka lahir ke dalam industri seni kerana minat dan ingin berkongsi dengan semua pihak melalui kebolehan bakat yang mereka ada.
Penyanyi ayu bagi lagu ‘Be Mine’, ‘Hati Ini’, ‘Put The Blame On Me’, Tasha kini sedang menjalani pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan bakal bergelar seorang guru.
Selain itu, mereka juga mempunyai laman sosial mereka sendiri di Facebook iaitu Clora Studia dan Tasha Manshahar (Clora Studio).
Bukan itu sahaja, Tasha juga mempunyai blog hasil penulisannya sendiri iaitu, ‘Little Letters To Myself’ yang banyak memberikan kata-kata semangat kepada dirinya serta para pembaca.
Bagi yang tidak percaya dengan kebolehan dan bakat yang ada dalam diri Tasha serta Clora Studio, anda bolehlah mendengar lagu-lagu mereka yang banyak terdapat di laman You Tube kini. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

TV 6 RTM