dusun

dusun

DISCLAIMER

DISCLAIMER: None of the videos are hosted by this site. Streams hosted from sites like Veetle,Micast,Veemi are embedded here. This site is not responsible for the legality of the content. For legal issues, please contact appropriate media file owners/hosters. Tontonbola.com tidak menjadi host/tuan rumah mana-mana Live Streaming, TV Online atau Video Online di laman web ini. Semua Live Streaming, TV Online atau Video Online yang terdapat di laman web ini anda boleh didapati dan diperolehi secara percuma di seluruh web amnya. Pihak kami tidak membuat sebarang jaminan atau janji-janji dalam perkhidmatan kami dan mengambil sebarang liabiliti untuk pengguna kami dengan sebarang tindakan. Pihak kami juga tiada hubung kaitnya dengan iklan atau affiliate berbayar/percuma yang tersiar di mana-mana ownes video, live streaming dan online yang dimainkan di laman web kami. Semua kandungan adalah hak cipta pemilik asal masing-masing.

LIVE STREAM

SILA PILIH YES BAGI UMUR 18 TAHUN KEATAS UNTUK MELIHAT PLAYER LIVE STREAM

LIVE STREAM

SEMBANG LIVE

Friday, February 28, 2014

Jambatan kedua P.Pinang ikon terbaru negara


GEORGETOWN - Pulau Pinang, negeri yang terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka, mempunyai satu lagi mercu tanda menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar apabila Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka secara rasmi pada Sabtu malam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dijadual mula beroperasi untuk orang ramai mulai 12.01 tengah malam selepas perasmiannya, jambatan bernilai RM4.5 bilion itu dijangka dapat menarik sehingga 25 peratus daripada 100,000 kenderaan yang menggunakan jambatan pertama setiap hari, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas di jambatan pertama.

Jambatan sepanjang 24km iaitu jambatan terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau, merupakan jambatan kedua merentangi laut menghubungkan kedua-dua bahagian negeri itu.

"Kami jangkakan 25,000 kenderaan sehari menggunakan jambatan ini terutama kenderaan dari selatan," kata Pengarah urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Datuk Dr Ismail Mohamed Taib.

Jambatan Kedua Pulau Pinang atau dikenali sebagai (JK2PP), merupakan projek kerajaan persekutuan dalam usaha mengurangkan kesesakan aliran trafik di jambatan pertama terutama pada waktu puncak, turut dilihat bakal meningkatkan pembangunan dan ekonomi kawasan perindustrian di Batu Kawan dan Batu Maung serta merancakkan sektor pelancongan negeri.

"Jambatan itu bakal menjadi ikon baharu kepada industri pelancongan Pulau Pinang dan Malaysia," kata Pengerusi Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) cawangan Pulau Pinang, Johari Shafie.

Beliau berkata jambatan baharu itu mampu menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing, selain dapat memberi nafas baharu kepada produk pelancongan di Batu Maung dan Bayan Lepas seperti Muzium Perang, Akuarium Batu Maung dan Tokong Ular.

"Selain itu, jambatan yang unik strukturnya ini dapat menarik perhatian pelancong asing dan pelancong tempatan, yang ingin cuba laluan jambatan terutama pada waktu malam kerana ia dihiasi lampu warna-warni," katanya.

Johari berkata jambatan baharu itu juga dapat memberi peluang perniagaan kepada penduduk setempat jika industri pelancongan dapat mewujudkan produk pelancongan kepada pelancong pada waktu malam untuk bergambar serta menghayati pemandangan di situ.

JK2PP, projek mega hasil perancangan kerajaan persekutuan itu, turut memberi rangsangan ekonomi kepada kerajaan negeri pimpinan DAP dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar, sekali gus menguntungkan rakyat Pulau Pinang.

Kawasan Batu Kawan di tanah besar, yang sebelum ini agak kosong dan sunyi kini mula membangun dengan projek-projek perumahan, malah gedung perabot terkenal dari Sweden, Ikea, akan membuka cawangan keduanya di kawasan itu.

Limpahan ekonomi itu jelas dapat dilihat apabila Ikano Pte Ltd iaitu syarikat francaisee bagi Ikea di Malaysia, Singapura dan Thailand bergabung dengan syarikat tempatan, Aspen Vision untuk membangunkan kompleks beli-belah serta kawasan perniagaan dan kediaman di Batu Kawan.

Bagi memenuhi hasrat itu Aspen Vision telah membeli tanah seluas 98 hektar berharga RM483.95 juta daripada agensi negeri, Penang Development Corporation.

Naib Presiden Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) Dr Ooi Eng Hock berkata jambatan baharu itu akan merancakkan kawasan industri di Bayan Lepas dan Batu Kawan di seberang.

"Jambatan baharu itu bukan sahaja akan menarik lebih banyak kilang-kilang baharu di zon perindustrian Bayan Lepas dan Batu Kawan, malah pengilang yang sedia ada dapat menikmati kemudahan selesa dari segi logistik dan pengangkutan.

"Jambatan itu harus dilengkapi aspek keselamatan kerana ada lori-lori yang membawa muatan berharga dan jambatan itu dapat memendekkan masa perjalanan," katanya.

Pelan untuk membina JK2PP itu terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan pada 12 Nov 2006, upacara penanaman cerucuk besi Jambatan Kedua Pulau Pinang dilakukan oleh Tun  Abdullah Ahmad Badawi, yang merupakan perdana menteri pada ketika itu.  

Walaupun Pulau Pinang kini di bawah pemerintahan DAP, kerajaan persekutuan tetap komited untuk melaksanakan pembangunan demi kepentingan rakyat negeri itu.
    
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata jambatan baharu itu merupakan usaha kerajaan persekutuan untuk memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada penduduk setempat dan pelabur.

"Apa yang kita lihat di Pulau Pinang hari ini adalah hasil usaha pentabdiran sebelum ini iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya.
    
Dr Sivamurugan berkata hakikat bahawa kerajaan BN tetap meneruskan projek jambatan kedua itu walaupun Pulau Pinang tidak lagi di bawah BN, menunjukkan kerajaan pusat mahu Pulau Pinang terus menikmati pembangunan lebih baik supaya rakyat mendapat manfaat daripadanya.
    
Beliau berkata kerajaan negeri Pulau Pinang perlu memberi penghargaan kepada BN dalam usaha merancakkan sektor pelancongan dan perindustrian, demi faedah rakyat.
    
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata Jambatan Kedua Pulau Pinang juga dijangka menaikkan harga hartanah di kawasan seperti Bayan Baru, Batu Kawan dan Nibong Tebal kerana ia terletak dalam kawasan jaringan pembangunan.    
    
Projek pembinaan jambatan usaha sama antara China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd dan UEM Builders Bhd itu bermula pada 2008. Jambatan itu mempunyai empat lorong dengan dua lorong motosikal dan enam persimpangan lebuh raya serta dilengkapi 29 CCTV.

Sepanjang 17km dari jambatan itu akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai, 1.5km berada di kawasan Batu Maung, manakala 6km di kawasan Batu Kawan.
    
Jambatan itu juga mengaplikasikan penggunaan Bearing Getah Redaman Tinggi (HRDB) dalam pembinaannya, yang berkeupayaan menahan gegaran gempa bumi sehingga 8.2 pada skala Richter

No comments:

Post a Comment

TV 6 RTM