Selama ini kita mungkin
tertanya-tanya mengapa sebahagian besar lelaki mahupun wanita biasanya
mengalami pertambahan berat selepas mereka berkahwin. Jika wanita sukar
mengekalkan bentuk tubuh, lelaki pula sering kali berdepan dengan masalah perut
boroi.
Perubahan ini sememangnya
mencacatkan penampilan. Sebetulnya, masalah pertambahan berat badan
satu-satunya ancaman kesihatan yang sukar dielakkan.
Namun begitu, dari satu sudut yang
lain mereka yang berkahwin sebetulnya mendapat manfaat yang cukup besar pada
kesihatan mereka. Terdapat dua teori yang mungkin boleh menjadi faktor masalah
ini berlaku. Teori ini diilhamkan oleh seorang ahli statistik Charlotte
Schoenborn.
Pertama, berdasarkan teorinya,
perkahwinan secara tidak langsung berkemungkinan memberi perlindungan terhadap
kesihatan. Sebagai contoh, pasangan yang berkahwin mempunyai kelebihan daripada
aspek perkongsian sumber ekonomi, sokongan sosial dan psikologi. Selain itu,
mereka juga mendapat dorongan dan galakan antara satu sama lain untuk
meneruskan amalan gaya hidup yang sihat.
Kedua, mereka yang mempunyai tahap
kesihatan yang baik atau sihat akan berkahwin dan kekal dalam perkahwinan
tersebut. Sebaliknya mereka yang `kurang sihat” tidak berkahwin atau lebih
cenderung berpisah, bercerai, menduda atau menjanda. Secara keseluruhan, kaitan
antara status perkahwinan dan status kesihatan wujud tanpa mengira status
sosioekonomi, etnik, tahap pendidikan dan kemiskinan di mana saja mereka
dilahirkan.
Mengikut kajian terhadap lebih
125,000 orang, mendapati mereka yang berkahwin khususnya lebih cenderung untuk
bertambah berat badan. Di kalangan orang dewasa yang berusia lebih 18 tahun dan
ke atas, 12 peratus tahap kesihatan mereka dalam lingkungan baik atau teruk.Tahap kesihatan golongan duda dan
janda dikategorikan paling teruk. Secara umum, orang dewasa yang berkahwin
paling sedikit mengalami masalah kesihatan. Selain itu, mereka paling kurang
terbabit dalam tingkah laku yang berisiko kecuali pertambahan berat badan.Di samping tahap kesihatan yang jauh
lebih baik, kajian itu juga mendapati mereka yang berkahwin kurang mengalami
beberapa masalah kesihatan.
Antaranya, kurang mengalami sakit
belakang bahagian bawah, kurang sakit kepala dan tekanan p sikologi kecuali
masalah berat badan. Berita baiknya, mereka juga kurang minum minuman keras,
merokok dan aktif secara fizikal berbanding orang lain.
70 Peratus Suami Obes
Apa yang membimbangkan, buat masa ini, lebih daripada separuh orang dewasa
tergolong dalam kumpulan yang obes. Kira-kira 70 peratus para suami termasuk
dalam kategori obes berbanding 65 peratus lelaki yang lain.
Hubung kait antara perkahwinan dan
kesihatan ini buat julung kalinya dilaporkan pada tiga dekad lalu. `Hubungan
yang istimewa” ini masih wujud hingga ke hari ini sekalipun banyak berubah.
Bagaimanapun, hari ini, semakin
ramai yang berkahwin lewat dan memilih bersekedudukan dengan pasangan. Berbeza
dengan mereka yang berkahwin, golongan yang tinggal serumah tanpa ikatan
pernikahan memberi implikasi negatif pada kesihatan.Sementara itu, dalam satu kajian
yang berasingan oleh The Harvard School of Public Health, mendedahkan lelaki
yang berkahwin semula juga boleh mengalami pertambahan berat badan. Kesimpulan
yang diperoleh daripada kajian tersebut pertambahan berat badan ini kerana
perkahwinan itu sendiri mengubah tingkah laku makan mereka semasa mereka
menjadi `orang bujang”.
Kajian ini juga menyimpulkan banyak kesan positif pada kesihatan seorang lelaki. Mereka juga dilaporkan kurang minum minuman keras, makan lebih banyak sayuran, daging yang kurang lemak, kurang minuman manis berbanding dengan mereka yang bercerai. Perubahan ini amat ketara pada tabiat pemakanan mereka terutama kepada lelaki muda yang berkahwin semula selepas kehilangan pasangan.
Kurang Senaman
Sekalipun ada perubahan positif dalam tabiat pemakanan, lelaki yang berkahwin
semula kurang melakukan senaman. Ini mengakibatkan mereka mengalami pertambahan
berat badan.
Kemungkinan lebih banyak masa
diperlukan untuk pasangan baru menyebabkan mereka kekurangan masa untuk
melakukan senaman secara rutin.
Kajian yang disiarkan dalam Journal
of Epidemilogy and Community Health itu, mendapati rata-rata lelaki yang
berpisah dengan pasangan mereka mengalami penurunan berat badan, merokok dan
lebih banyak minum minuman keras.
Profesor Ben Fletcher, dari
Persatuan Psikologikal Britain berkongsi pandangannya tentang lelaki yang
berkahwin semula. Ujarnya, golongan ini biasanya mendapat lebih banyak sokongan
sosial iaitu kuasa yang paling besar pada kesihatan dan diri seseorang.
Ketua Jabatan Psikologi University
of Hertfordshire bersetuju dengan pandangan tersebut berdasarkan kajian lain.
Lelaki katanya, tidak dapat mengendalikan diri apabila mereka kehilangan
pasangan. Mereka tidak seperti wanita yang lebih tabah, kita dapat lihat
peningkatan kes kematian di kalangan lelaki dalam tempoh enam bulan selepas
kematian pasangan mereka.
No comments:
Post a Comment