dusun

dusun

DISCLAIMER

DISCLAIMER: None of the videos are hosted by this site. Streams hosted from sites like Veetle,Micast,Veemi are embedded here. This site is not responsible for the legality of the content. For legal issues, please contact appropriate media file owners/hosters. Tontonbola.com tidak menjadi host/tuan rumah mana-mana Live Streaming, TV Online atau Video Online di laman web ini. Semua Live Streaming, TV Online atau Video Online yang terdapat di laman web ini anda boleh didapati dan diperolehi secara percuma di seluruh web amnya. Pihak kami tidak membuat sebarang jaminan atau janji-janji dalam perkhidmatan kami dan mengambil sebarang liabiliti untuk pengguna kami dengan sebarang tindakan. Pihak kami juga tiada hubung kaitnya dengan iklan atau affiliate berbayar/percuma yang tersiar di mana-mana ownes video, live streaming dan online yang dimainkan di laman web kami. Semua kandungan adalah hak cipta pemilik asal masing-masing.

LIVE STREAM

SILA PILIH YES BAGI UMUR 18 TAHUN KEATAS UNTUK MELIHAT PLAYER LIVE STREAM

LIVE STREAM

SEMBANG LIVE

Friday, February 28, 2014

Budaya Hidup Kini


Membazir Atau Berlestari 

Hasil tinjauan yang telah di buat oleh Penita mengenai tajuk ini menunjukkan lima arus pembangunan membuktikan budaya hidup kita tidak berlestari tetapi sebaliknya adalah merupakan yang membazir. Kelima-lima arus pembangunan adalah seperti berikut.
Pertama, budaya hidup kita hari ini adalah budaya hidup bercorak materialisma. Budaya hidup corak ini lebih membazir daripada menjamin pembangunan berlestari. Kita sudah mengamalkan cara hidup throw-away society iaitu “masyarakat yang menjana dan membuang sampah.”
Kedua, budaya hidup materialisma sudah menjadikan kita satu “masyarakat berhutang” iaitu credit society di mana ekonomi kita di jana dengan sumber kewangan yang belum lagi diperolehi. Segala-galanya boleh di beli secara hutang dan bayar kemudian. Ada di antara kita yang sudah dibelenggukan dengan hutang untuk seumur hidup.
Ketiga, budaya hidup materialisma telah mendorong nafsu kita mencari kekayaan dan berlumba-lumba mencari peluang walaupun menyalahi dari segi moral dan undang-undang untuk mencari kekayaan dengan mudah. Sebagai contoh ada yang sanggup mengedar dadah semata-mata untuk mencari kekayaan walaupun mengetahui perbuatan tersebut boleh meracuni masyarakat sendiri.
Keempat, etika hidup kita sudah mulai susut dan segala kejayaan tamadun manusia di ukur dengan wang ringgit dan kebendaan yang dimiliki. Ada di antara kita yang sanggup menyalahgunakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Golongan seperti ini boleh diibaratkan seperti kata pepatah ”Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi”.
Kelima, umat manusia sudah mulai bermusuh sesama sendiri. Proses untuk memajukan corak hidup materialisma membawa kepada kemusnahan terhadap keupayaan alam dan dunia kita menanggung kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Kelestarian muka bumi kita di dirosakkan oleh diri kita sendiri. Penebangan hutan rimba, pencemaran sungai dan laut serta bukit-bukau diratakan semata-mata kerana nafsu untuk mencari keuntungan dunia.

Menurut pakar-pakar pembangunan, fenomena lima arus pembangunan ini telah di dorong oleh corak pembangunan pasaran ekonomi ala-kapitalis. Pihak korporat adalah tunjang pembangunan ekonomi pasaran ala-kapitalis. Pihak kerajaan juga turut serta menyokong sektor koprat dalam usaha ini. Ini adalah kerana pembangunan ekonomi kini sudah mengambil alih prioriti daripada pembangunan insan dan kebajikan masyarakat. Hala tuju pembangunan seperti ini akan memberi impak negatif bukannya positif. Daripada isu yang telah di kupas ini dapat kita renung dan berfikir dan seterusnya membuat hala tuju untuk bertindak.

Impak 1: Menjana sampah-sarap serta pencemaran alam semulajadi kita

Lembah Klang adalah satu kawasan di Malaysia yang begitu pesat maju dengan pendapatan perkapita yang paling tinggi di Malaysia. Di sebalik pembangunan pesat ini pula kawasan ini juga menghadapi beberapa krisis pembangunan yang begitu ketara. Di antara masalah-masalah yang di hadapi adalah masalah melupus sisa-sisa sampah-sarap. Kini Lembah Klang mempunyai kawasan yang terhad untuk membuang sisa-sisa sampah.
Ini kerana sampah-sarap yang di jana oleh industri-industri dan penduduk-penduduk kawasan tersebut begitu banyak sehingga sudah ke tahap membawa kepada krisis. Begitu juga dengan tahap pencemaran air, udara dan alam sekitar. Pakar-pakar pembangunan berpendapat bahawa sekiranya kita tidak mengawal pembangunan kita ke satu tahap berlestari, tempat-tempatlain juga akan menghadapi masalah seperti yang di alami di Lembah Klang.
Inilah akibat kesan daripada budaya hidup materialisma yang kita amali hari ini. Asas budaya hidup materialisma adalah kehidupan bersifat mewah, kaya-raya dan membazir. Amalan hidup materialisma memerlukan penggunaan sumber asli yang berlebihan. Ini diperlukan bagi menghasilkan pelbagai barang dan produk untuk pasaran di peringkat globalisasi. Bagi melariskan jualan pihak peniaga dan sektor korporat sentiasa berusaha membina dan memperkukuhkan amalan hidup materialisma demi mencari keuntungan dan kekayaan. Lembah Klang adalah contoh yang menunjukan akibat negatif pembangunan ekonomi ala-kapitalis yang bercorak hidup membazir.

Impak 2: Pembinaan masyarakat berhutang

Mengikut pakar-pakar ekonomi dan pembangunan, impak negatif kedua pembangunan ekonomi ala-kapitalis yang bercorak hidup membazir adalah kewujudan satu ”masyarakat berhutang.” Asas menjana ekonomi ala-kapitalis bercorak hidup membazir yang bukan menggunakan wang tunai. Menggunakan wang tunai akan memperlahankan perkembangan dan pergerakan ekonomi. Strategi mempercepatkan aliran ekonomi adalah dengan menggunakan kredit, iaitu dengan cara berhutang. Ada di antara pelajar lulusan universiti yang belum mendapat kerja boleh memohon dan memiliki kad kredit untuk kemudahan berhutang sehingga RM2,000 sebulan .
Satu tinjauan yang dijalankan oleh Gabungan Persatuan Pengguna Pengguna Malaysia (FOMCA) menunjukkan purata setiap orang samada lelaki atau perempuan berumur 21 tahun ke atas berhutang sebanyak RM100,000. Angka ini apabila di pandang sepintas lalu adalah amat besar tetapi apabila di kaji ia amat menghairankan juga. Sebagai contoh seorang doktor dengan isterinya yang bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa menanggung hutang sejumlah lebih RM500,000. Mereka membeli rumah dengan pinjaman bank sebanyak RM350,000. Mereka membeli kereta, peralatan rumah dan lain-lain keperluan keluarga dengan pinjaman bernilai RM150,000. Inilah satu contoh keadaan ”masyarakat berhutang” kini.
Hari ini segala-galanya boleh di beli secara hutang dan bayar kemudian. Membeli rumah, kereta, perabot dan lain-lain dengan kad kredit sahaja. Malahan skim kredit juga digunakan untuk melangsungkan perkahwinan, melancong dan berbulan madu.
Selain daripada itu terdapat juga individu yang sudah di belenggu dengan hutang sumur hidup malahan ada juga hingga bergenerasi lamanya. Itulah satu-satunya impak ekonomi ala-kapitalis yang bercorak hidup membazir.

Impak 3: Mendorong nafsu mencari kekayaan tanpa batasan moral dan undang undang

Satu lagi impak daripada amalan budaya hidup materialisma adalah pembangunan nafsu mencari kekayaan. Mereka sanggup menyalahi daripada segi moral dan undang-undang untuk mendapatkan kekayaan. Setiap hari media memaparkan kes-kes seperti pecah amanah, rasuah dan salah-guna kuasa serta kes-kes penyelewengan dan mengedar dadah untuk mencari kekayaan dengan cepat tanpa batasan moral dan undang undang. Sebagai contoh seorang doktor telah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan di denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi di Kuantan di atas kesalahan memliki dan mengedar dadah dan menyembunyikan sebagai ubat batuk.
Persoalan yang timbul, mengapa seorang doktor yang terpelajar dan memilih satu profesyen yang murni dan komited kepada merawat serta menjaga kesihatan pesakit boleh melakukan perbuatan seperti ini? Inilah kesan pembangunan ekonomi ala-kapitalis bercorak hidup membazir yang mendorong kita membuat demikian. Satu lagi contoh adalah di London di mana baru baru ini seorang wanita sanggup menjual ”telurnya” dalam internet untuk mendapatkan wang bernilai RM54,759 untuk membayar hutang kad kreditnya. Impak pembangunan ekonomi ala-kapitalis bercorak hidup membazir bukan sahaja menjadikan kita untuk hidup berhutang tetapi menjurus bertindak di luar batasan moral dan undang-undang untuk mendapatkan wang.

Impak 4: Wang ringgit dan kebendaan menjadi tanda ukuran kejayaan hidup

Etika kerja, kemulian moral dan sifat hidup jujur dan amanah sebagai ukuran kejayaan sesorang dalam masyarakat sudah mulai susut dan di ganti. Hari ini segala kejayaan di ukur dengan wang ringgit dan kebendaan yang dimiliki. Menjadi kaya adalah lebih diiktiraf masyarakat daripada menjadi lebih mulia. Impak arus pembangunan ini khasnya di kalangan pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai berkuasa adalah sangat ketara. Ada di antara mereka yang sanggup menyalahgunakan amanah yang di pikul, seperti pepatah, ”harapkan pagar, pagar pula makan padi.”
Contoh yang paling baik berkait dengan impak ini adalah kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang yang di dedahkan media baru-baru ini. Beliau telah membina satu rumah besar seperti ’mahligai’ tanpa mermohon lesen pembangunan dengan melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Selain itu beliau juga membina restoran di atas tapak tanah milik kerajaan dan menjalankan urusan perniagaan tanpa lesen. Sukar untuk umum menerima bahawa YB ADUN tersebut jahil mengenai undang-undang dan peraturan-peratuan kerana beliau terlibat secara langsung dalam hal-hal berkaitan. Perbuatan seperti ini semakin hari semakin berleluasa di negara kita. Inilah bukti-bukti kukuh impak pembangunan ekonomi ala-kapitalis bercorak hidup membazir.

Impak 5: Corak hidup materialisma sedang memusnahkan bumi

Umat manusia sudah mulai menjadi musuhnya sesama sendiri. Dalam proses memajukan corak hidup materialisma kita sedang memusnahkan keupayaan alam dan dunia kita menanggung kehidupan di atas muka bumi ini dengan berlestari. Hutan rimba kita di tebang, sungai dan laut kita di cemari dan bukit-bukau diratakan untuk mencari keuntangan. Alam sekitar mempunyai tiga peranan utama bagi menjamin kehidupan kita.
Sebagai sumber keperluan hidup
Peranan pertama alam sekitar adalah sebagai sumber keperluan hidup. Sumber alam inilah yang menjadi bekalan bagi makanan, pakaian dan kemudahan hidup asas kita. Kini hutan rimba di gondol merata tempat dan kayu-kayan semakin hari semakin berkurang. Ikan di laut di tangkap tanpa kawalan dan sumber ini semakin hari semakin pupus. Ternakan haiwan, ayam,itik dan lain-lain menggunakan ternakan secara luar batasan semulajadi dengan teknologi dan kimia sehinggakan muncul pelbagai penyakit dan kesan kesan sampingan. Tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan sayur-sayuran juga di tanam dan diusahakan mengunakan teknologi dan bahan kimia yang kini sudah mulai mengancam kesuburan tanah, keselamatan bekalan air dan kesihatan semua jenis kehidupan termasuk manusia.
Sebagai sistem perkhidmatan menjamin proses kehidupan
Peranan kedua alam sekitar adalah sebagai sistem perkhidmatan menjamin proses kehidupan (life support service.). Salah satu daripada perkhidmatan utama dan penting alam sekitar adalah ‘perkhidmatan kitar semula’ di mana putaran oksigen dan karbon dioksida di tukar dan digantikan di antara tumbuh-tumbuhan dan haiwan supaya kehidupan kedua-dua pihak terjamin. Perkhidmatan kitar semula udara untuk bernafas kita perolehi secara percuma dan jarang untuk kita menilai kos perkhidmatan ini.
Dalam tahun 1991 hingga 1993 para saintis Amerika Syarikat di Arizona telah menjalankan satu kajian dinamakan ‘Biosphere 2’ di mana untuk menyediakan oksigen untuk 8 orang bagi tiga tahun telah menelan belanja hampir 200 juta dolar Amerika. Alam sekitar menyediakan perkhidmatan ini secara percuma untuk 6 bilion penduduk dunia tanpa kos satu sen pun. Renunglah apa yang akan terjadi kepada proses kehidupan kita sekiranya keupayaan alam menyediakan perkhidmatan ini digugat dan tergugat?

Sebagai putaran menjamin kehidupan
Peranan ketiga alam sekitar adalah peranannya sebagai putaran menjamin kehidupan atau dalam Bahasa Inggeris di panggil ‘life-cycle system.’ Alam sekitar mempunyai kuasa yang membolehkan bukan sahaja manusia tetapi semua jenis haiwan dan kehidupan lain hidup mengikut caranya tersendiri bergantung kepada putaran hidup masing masing. Ikan hidup dengan makan cacing. Burung pula hidup makan ikan. Burung pula dimakan ular dan putaran kehidupan terus berfungsi mengikut sistem alam. Ini adalah asas konsep biodiversiti. Peranan putaran menjamin kehidupan alam adalah asas kepada kewujudan kebudayaan hidup manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan termasuk rekreasi serta kreatif kehidupan. Cara hidup dalam sistem putaran menjamin kehidupan dan bebas daripada masalah sampah atau waste dalam Bahasa Inggeris. Yang hidup akan mati. Yang mati adanya kegunaannya menjadi makanan atau bagi memperkayakan kesubaran tanah dan sistem ekologi.

Kesimpulan

Akibat kesan-kesan negatif pembangunan ekonomi ala-kapitalis yang bercorak hidup membazir membentuk satu masyarakat dan tamadun yang sudah mulai memusnahkan diri. Kita sudah menjadi musuh diri sendiri. Sekiranya corak pembangunan ini tidak di kawal dan di ubah ke arah yang lebih lestari, pakar-pakar pembangunan menjangka kita akan mengalami banyak krisis, bencana dan masalah sebelum memusnahkan kehidupan kita. Amaran ini perlu di renung dan di beri perhatian yang berat.

No comments:

Post a Comment

TV 6 RTM