dusun

dusun

DISCLAIMER

DISCLAIMER: None of the videos are hosted by this site. Streams hosted from sites like Veetle,Micast,Veemi are embedded here. This site is not responsible for the legality of the content. For legal issues, please contact appropriate media file owners/hosters. Tontonbola.com tidak menjadi host/tuan rumah mana-mana Live Streaming, TV Online atau Video Online di laman web ini. Semua Live Streaming, TV Online atau Video Online yang terdapat di laman web ini anda boleh didapati dan diperolehi secara percuma di seluruh web amnya. Pihak kami tidak membuat sebarang jaminan atau janji-janji dalam perkhidmatan kami dan mengambil sebarang liabiliti untuk pengguna kami dengan sebarang tindakan. Pihak kami juga tiada hubung kaitnya dengan iklan atau affiliate berbayar/percuma yang tersiar di mana-mana ownes video, live streaming dan online yang dimainkan di laman web kami. Semua kandungan adalah hak cipta pemilik asal masing-masing.

LIVE STREAM

SILA PILIH YES BAGI UMUR 18 TAHUN KEATAS UNTUK MELIHAT PLAYER LIVE STREAM

LIVE STREAM

SEMBANG LIVE

Tuesday, February 25, 2014

RENUNGAN BERSAMA


Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk
Pasti semua dapat menangkap maksud pepatah di atas. Bagi yang pernah melihat padi sebelum matang dan setelah matang pasti tahu bagaimana padi ini boleh tunduk. Kita lihat dari luaran padi yang matang akan menjadi berat lalu bahagian atas padi akan membongkok ke bawah. Macam gambar di bawah.

Padi
Jika kita umpamakan kehidupan kita, boleh kita maksudkan semakin berilmu, semakin rendah diri atau tawadhu' seseorang itu. Sangat bermakna bukan? Jika padi bertambah isi akan menunduk, manusia bertambah ilmu bertambah tawadhu'.
Jadilah seperti al-Hasan al-Basri, memiliki ilmu yang tinggi sehingga menjadi orang yang tunduk pada Allah dan tidak tunduk pada mana-mana manusia. Mampu memberi nasihat dan kata-kata yang berhikmah sehingga pendengar menitiskan air mata.

Jadilah seperti al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq, ulama tabiin yang mendalami ilmu dari para sahabat dan mengajarkan ilmu tersebut kepada umat Islam. Diangkat menjadi Imam Madinah kerana ketakwaan. Menjadi tempat rujukan khalifah Umar Abdul Aziz dalam membuat keputusan.

Jadilah seperti Amir bin Shurahabil, seorang pencinta ilmu sehingga tidak perlu menulis dan mengulang untuk menghafal. Mampu membaca syair selama sebulan tanpa mengulang syair yang sama. Suka membantu yang lemah, berbudi pekerti mulia dan suka bergurau.

Kenapa mereka menjadi sebegitu rendah diri? Bahkan mereka memiliki ilmu yang hebat untuk memiliki harta dan pangkat seperti khalifah jika mereka mahu. Sudah tentu mereka mencari sesuatu yang lebih baik dari harta dan pangkat sehingga tidak menghiraukan perkara-perkara tersebut. Antaranya ilmu yang bermanfaat kepada umat ketika itu dan generasi seterusnya. Mereka dahagakan ganjaran Allah melebihi dunia.

Oleh itu, seseorang yang beriman itu dengan bertambah ilmunya, akan bertambah tawadhu' dan rendah diri kerana dia tahu akan kekuasaan dan kehebatan Allah yang Maha Besar. Sama-samlah kita berusaha untuk menjadi seperti generasi yang hebat dahulu.

Wallahualam.


credit from:DJ AZZ

No comments:

Post a Comment

TV 6 RTM