dusun

dusun

DISCLAIMER

DISCLAIMER: None of the videos are hosted by this site. Streams hosted from sites like Veetle,Micast,Veemi are embedded here. This site is not responsible for the legality of the content. For legal issues, please contact appropriate media file owners/hosters. Tontonbola.com tidak menjadi host/tuan rumah mana-mana Live Streaming, TV Online atau Video Online di laman web ini. Semua Live Streaming, TV Online atau Video Online yang terdapat di laman web ini anda boleh didapati dan diperolehi secara percuma di seluruh web amnya. Pihak kami tidak membuat sebarang jaminan atau janji-janji dalam perkhidmatan kami dan mengambil sebarang liabiliti untuk pengguna kami dengan sebarang tindakan. Pihak kami juga tiada hubung kaitnya dengan iklan atau affiliate berbayar/percuma yang tersiar di mana-mana ownes video, live streaming dan online yang dimainkan di laman web kami. Semua kandungan adalah hak cipta pemilik asal masing-masing.

LIVE STREAM

SILA PILIH YES BAGI UMUR 18 TAHUN KEATAS UNTUK MELIHAT PLAYER LIVE STREAM

LIVE STREAM

SEMBANG LIVE

Thursday, February 27, 2014

Menyamar Penjawat Awam/Pasukan Berunifom



Kegiatan penyamaran sebagai penjawat awam mampu mengundang satu komposisi persekitaran yang tidak sihat terhadap sesebuah agensi kerajaan amnya dan semestinya memberi implikasi buruk kepada mangsa penyamaran.

Suspek penyamaran ini kebiasaannya akan mengambil kesempatan terhadap mereka yang tinggal bersendirian atau pun kepada sekumpulan pelajar atau warga asing yang kurang peka akan persekitaran.

Modus Operandi
1. Suspek terdiri daripada dua orang atau lebih
2. Suspek akan mensasarkan rumah yang biasanya dihuni warga emas, warga asing dan suri rumah serta kawasan luar bandar.
3. Suspek akan berpakaian biasa atau seakan-akan sama dengan mana-mana jabatan penguatkuasaan lain seperti Polis, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air yang mana menggunakan kenderaan seperti motosikal atau kereta atau berjalan kaki untuk menyamar penjawat awam
4. Suspek akan menggunakan alasan untuk melakukan pemeriksaan rumah mangsa, meter bekalan air dan elektrik ataupun penghawa dingin di rumah
5. Suspek akan bertindak masuk ke rumah mangsa dan mengikat serta mengurung mangsa di dalam bilik sebelum melarikan wang atau harta benda milik mangsa.

Ikuti beberapa tip pencegahan yang boleh dipraktikkan sekiranya menghadapi situasi si PENYAMAR PENJAWAT AWAM…

1. Apabila melihat penguatkuasa seperti polis atau mana-mana penjawat awam yang sedang menjalankan tugas yang datang dengan berpakaian seragam penuh, kereta peronda atau Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan perkakasan lengkap, sila beri kerjasama dan berinteraksi dengan baik agar tidak menyukarkan penjawat awam melaksanakan tugas dengan berkesan atau menimbulkan sebarang salah faham.
2. Sekiranya merasa curiga atau was-was kerana mereka berpakaian tidak lengkap, menggunakan bahasa atau loghat pelik, menggunakan kenderaan yang tidak munasabah (contoh nombor pendaftaran dihilangkan 1 angka, seperti kereta curi), sila hubungi mana-mana balai berdekatan untuk mendapatkan bantuan kereta peronda.

Sekiranya berada di rumah:
1. Latih anak-anak agar tidak membuka pintu rumah atau pagar sewenang-wenangnya kepada orang yang tidak dikenali. Dapatkan bantuan orang dewasa atau sekiranya ibu bapa tiada di rumah dapatkan bantuan jiran tetangga untuk melihat keadaan rumah.
2. Bagi orang dewasa pula boleh dapatkan nombor telefon syarikat yang datang ke rumah atau di bil yang tertera nombor telefon syarikat bagi mendapatkan kepastian sebelum membuka pintu. Bagi polis boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah atau kontinjen kawasan tersebut.

Sekiranya di tempat awam:
1. Dinasihatkan untuk meminta pengenalan pihak penguatkuasa tersebut dengan cara berhemah bagi mengelakkan salah faham. Sekiranya memerlukan pemeriksaan badan boleh minta ikut ke balai polis berhampiran.

Sekiranya sedang memandu:
1. Kawal perasan panik dan pastikan memberhentikan kenderaan dengan cara selamat. Perhatikan suasana persekitaran.Tidak perlu turun daripada kereta terlebih dahulu cukup sekadar menurunkan cermin tingkap separuh bagi memudahkan komunikasi berkesan dan mengelakkan salah faham kedua-dua pihak atau pertikaian.
2. Cuba memberhentikan kenderaan di lokasi yang selamat. Sekiranya mendapati lokasi tidak selamat dinasihatkan untuk terus berhenti di balai polis berdekatan.
3. Elakkan mengambil tindakan melulu seperti terus memecut kenderaan ditakuti akan hilang kawalan dan akan mengakibatkan kemalangan.

No comments:

Post a Comment

TV 6 RTM