dusun

dusun

DISCLAIMER

DISCLAIMER: None of the videos are hosted by this site. Streams hosted from sites like Veetle,Micast,Veemi are embedded here. This site is not responsible for the legality of the content. For legal issues, please contact appropriate media file owners/hosters. Tontonbola.com tidak menjadi host/tuan rumah mana-mana Live Streaming, TV Online atau Video Online di laman web ini. Semua Live Streaming, TV Online atau Video Online yang terdapat di laman web ini anda boleh didapati dan diperolehi secara percuma di seluruh web amnya. Pihak kami tidak membuat sebarang jaminan atau janji-janji dalam perkhidmatan kami dan mengambil sebarang liabiliti untuk pengguna kami dengan sebarang tindakan. Pihak kami juga tiada hubung kaitnya dengan iklan atau affiliate berbayar/percuma yang tersiar di mana-mana ownes video, live streaming dan online yang dimainkan di laman web kami. Semua kandungan adalah hak cipta pemilik asal masing-masing.

LIVE STREAM

SILA PILIH YES BAGI UMUR 18 TAHUN KEATAS UNTUK MELIHAT PLAYER LIVE STREAM

LIVE STREAM

SEMBANG LIVE

Tuesday, February 18, 2014

Permohonan dan pendaftaran rumah Idaman Rakyat SPNB guna borang online


Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan slogan “Menerajui kediaman mampu milik untuk 1Malaysia” menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara


Terdahulu, ketika membentangkan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan mahu SPNB bertindak sebagai pemaju projek Rumah Idaman Rakyat (RIR) kerana ia mampu menawarkan harga yang jauh lebih rendah berbanding pemaju hartanah swasta lain
Perdana Menteri turut memaklumkan SPNB akan membina tiga ribu unit RIR di seluruh negara pada 2014
Bagi yang berminat dengan Program Rumah Idaman Rakyat yang ditawarkan oleh SPNB boleh mengisi borang pendaftaran secara dalam talian (online)
Sila ikuti maklumat yang berkaitan seperti berikut

Borang Pendaftaran Dan Maklumat Bagi Program Rumah Idaman Rakyat (RIR)
Borang boleh dilengkapkan dan maklumat berkaitan boleh didapati, klik pada butang pautan (link)klik - Borang Pendaftaran Online Program Rumah Idaman Rakyat
(Peringatan) : Hanya Satu Borang Permohonan Sahaja Perlu Diisi Bagi Setiap Pasangan Suami Isteri
Syarat Kelayakan Program Rumah Idaman Rakyat
Pembeli mestilah warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan keatas
Mempunyai pendapatan individu tidak melebihi RM7500
Atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
Keutamaan diberikan kepada pembeli rumah pertama, golongan OKU dan ibu tunggal


Info lain berkaitan Program Rumah Idaman Rakyat
a) Harga jualan rumah bermula dari RM70,000 ke RM250,000. Manakala unit kedai tidak melebihi RM 1,000 000
b) Konsep pembangunan adalah bercampur
c) Jenis Rumah
Banglo
Teres
Rumah Berkembar
Apartment ( Minimum 5 Tingkat)
Unit Kedai
Perkongsian info selanjutnya adalah mengenai borang dan maklumat ringkas tentang program Rumah Mesra Rakyat
Rumah Mesra Rakyat (RMR)
permohonan rumah rmr1m permohonan rumah idaman rakyat spnb borang online
Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa
Bagi yang berminat dengan Rumah Mesra Rakyat (RMR), pemohon perlu mengisi dan melengkapkan maklumat dan dokumen yang dinyatakan di dalam borang itu sepenuhnya
Borang boleh didapati secara percuma. Sila rujuk pada ruangan dibawah
Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Borang boleh dicetak dan dilengkapkan dengan memuat turun (download) klik pada butang pautan (link)
Klik - Borang Permohonan RMR1M
Borang yang telah dilengkapkan bersertakan dokumen hendaklah diserahkan kepada Pejabat Cawangan SPNB
Klik – Cawangan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat di talian 1-300-80-3838 atau 03-26185555 ataupun Email: pr@spnb.com.my
Sebarang maklumat lanjut atau produk perumahan lain yang berkaitan adalah dengan sewajarnya melayari laman web rasmi SPNB di capaian url http://www.spnb.com.my



No comments:

Post a Comment

TV 6 RTM